12/01/2025
Salam semua..selesai sudah Hari Keluarga KSR Muhibah 2024 dan Mesyuarat Agong kelab…sudah tentu setiap program ada pujian, kelemahan,rungutan dan kekurangan. Kami AJK Program menyusun sepuluh jari diatas kelemahan, rungutan dan kekurangan tersebut, Inn Sya Allah pada masa akan datang ianya dapat diperbaiki. Ucapan terima kasih juga diucapan kepada ahli-ahli yang menyumbang hadiah dan tenaga dalam menjayakan Hari Keluarga 2024. Ucapan khas terima kasih kepada AJK sukan, AJK pendaftaran, AJK Persiapan, Bob PA Sistem dan Gang Rewang yg telah memain peranan yg sangat berkesan demi kelicinan program.Tak lupa juga yg kena ”pau”untuk hari keluarga kali ini (En Ahmad Nizam(Ahli Majlis lama) En Hakim Suria Gym, En Rahimi MSA Enginerring, En Jasperidin dan sudah tentu Ketua Kampung En Mazlan juga kena. Terima kasih juga kepada keluarga arah ayah En Ahmad Nizam kerana telah mewakafkan peralatan memasak kepada KSR Muhibah…Tahun ini dengan AJK baru( tahniah kepada yg terpilih) kita cuba yang terbaik untuk menyusun program2 ditelah dicadangkan. Marilah kita sama2 merapatkan lagi hubungan antara ahli dengan menyertai program2 yang dianjurkan oleh kelab..Keahlian baru telah dibuka tapi dengan sokongan ahli kelab yg sedia ada, AJK akan luluskan keahlian berdasarkan beberapa pertimbangan. Wellfare juga akan dibuka kepada semua ahli kelab(bagi ahli yg berminat dan dengan niat bersedekah sahaja)…Ahli KSR Muhibah terbaik dan harap dapat menjadi contoh kepada kumpulan2 lain berdasarkan cogan kata kita KOMUNITI SIHAT SEDIA BERBAKTI