06/10/2024
6/10/2024 Berlangsung pertandingan Bola Sepak S**a S**a RRT Idaman 2024 di bawah pengurusan DIFC anjuran Kelab RRT Desa Idaman di padang bola sepak Taman Desa Idaman.
4 pasukan yang bertanding terdiri dari Kelab Rakan Rakan Taman FC (RRTFC), Keow Hoe FC (KHFC), V-Green FC (VGFC) dan Sin Wei FC (SWFC) mereka semua adalah pekerja dari syarikat pegangkutan sekitar Kulai, pertandingan ini diadakan demi mengeratkan silaturahim di antaran rakan² dan membentuk satu aktiviti sihat di antara mereka.
Keputusan perlawanan secara liga berakhir Juara kemenangan yang membawa pulang piala pusingan berpihak kepada pasukan RRT FC dengan keputusan 3-1 menentang pasukan SWFC merangkap Naib Juara manakala tempat ke 3 adalah dari pasukan KHFC dan tempat ke 4 di miliki oleh pasukan VGFC pertandingan berlangsung dengan sepak mula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1 petang.
PENJARING GOL TERBANYAK : EN.ASBUL dari RRT FC
PEMAIN TERBAIK PERTANDINGAN : EN.HARIZ dari RRT FC
PENJAGA GOL TERBAIK : EN.FAIZAL dari SWFC
Dari pengurusan DIFC kami mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan juara dan syabas kepada pasukan² lain yang bertanding semoga ukhwah yang terjalin dapat di teruskan di masa hadapan.