01/09/2022
TARIKH 31 OGOS 2022
Kelab KeBaS telah berkolabrasi bersama Pihak Masjid As-Salam dalam penganjuran dan pengelolan Fun Ride dan Fun Run Sempena Karnival Hijrah dan Hari Kebangsaan 2022.
Program ini adalah kayuhan dan larian santai sambil mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik menggambarkan semangat patriotisme semua yang telibat.
Sebelum pelepasan peserta, gerakan senamrobik dilakukan sebagai aktiviti regangan. Kemudian laungan keramat MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA dilaungkan serentak bersama-sama dengan di Ketuai oleh Tuan Pengerusi Masjid As-Salam (Tuan Habib Faizal)
Fun Ride dan Fun Ride ini telah menghimpunkan lapisan masyarakat dan lapisan pengayuh berbasikal dari pelbagai kelab di daerah Semporna iaitu :
1. Kelab Basikal Sihat Semporna (KBSS)
2. Semporna Edu Cycling Team (SECT).
3. Pusung Cycling Club
4. Huat Pahinit Cycling Semporna Team
5. Kelab The Padles
6. Kelab Kayuhan Kasilasa (3K)
5. SDPA Cycling Team
6. Frog Cycling Team
7. Kelab Semporna Foldies
8. Kelab Hyper Riders TTC
9. dan juga rider2 dari kelab lain yang turut sama memeriahkan program ini. Anda semua memang Awesome. Terbaik πππ
Sedikit coretan sejarah era negara kita. Negara kita pernah dibelenggu era penjajahan selama lebih kurang 600 tahun lamanya. Bayangkan berapa kurun, dekad dan generasi rakyat yg telah merasai keperitan dan kesengsaraan ini. Berapa ramai pejuang-pejuang, wira-wira pemimpin-pemimpin negara kita yang kecundang dan terkorban demi mengejar bayang2 kebebasan.
Hari ini, detik ini dan saat ini.
Kali yang ke-65, perjuangan mereka bukanlah sia2. Kebebasan yang di kejar, bukanlah bayang2. Sebuah kenyataan kebebasan dan kemerdekaan terhasil dan tercipta dari titik tumpah darahnya rakyat, pejuang, wira dan pemimpin yang terdahulu. Terima kasih semua wahai wira2 negara kami.
Bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Program Funride dan Funrun ini dijalankan tujuan utamanya adalah menyamarakkan sambutan Bulan Kebangsaan negara kita yang ke-65 selain membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu juga, aktiviti ini bertujuan memupuk gaya hidup yang sihat masyarakat dengan cara melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan.
Tahniah kepada Barisan jentra Masjid As-Salam yang diketuai oleh Tuan Habib.
Tahniah juga kepada KRU Kelab KeBaS (Pengerusi Kelab Tuan Yasmin, Jangkar Utama KeBaS Tuan Jai, Jurufoto Terbaik KeBas Ustaz Marzuki, Tuan Zul, dan Ustaz Solah) bergabung tenaga menguruskan prgorm ini dengan sangat terbaik.
Terima kasih juga kepada Tuan Azrey satu-satunya wakil kelab KeBaS yang ditugaskan untuk terlibat mengayuh bersama2 rider2 di trek kayuhan ini.
Kepada Tuan Fatah, tahniah dan terima kasih atas komitmen mengalas tugas mewakili Kelab KeBaS menyantuni Kayuhan Merdeka Di Daerah Tawau Anjuran Coop-Bank Pertama.
Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih diungkapan kepada semua yang terlibat bersama2 menjayakan Dan menyamarakkan BULAN MERDEKA pada tahun ini.
*SELAMAT MENYAMBUT
BULAN KEBANGSAAN & HARI MERDEKA KE-65*