16/03/2021
Kejayaan sesebuah sukan biasanya boleh diukur melalui program pembangunan sukan tersebut. Sukan Ragbi di Malaysia juga kini sangat aktif dalam program untuk membangunkan sukan itu sendiri dari peringkat akar umbi iaitu dari peringkat umur bawah 12 tahun.
Persoalannya... Adakah ianya semudah ABC? atau ianya mudah untuk dilaksanakan? jadi kali ini Get Into Rugby Malaysia akan mengupas topik yang menarik ini iaitu penglibatan Guru dalam membangunkan Sukan Ragbi di akar umbi terutama di sekolah rendah dalam topik Teacher's Into Rugby!
Apakah peranan guru-guru ini dalam membangunkan sukan di sekolah dan apakah kelebihan guru-guru ini yang boleh dikongsikan bersama kita? GIR Malaysia membawakan 3 orang panel yang mempunyai pengalaman tersendiri dalam membangunkan sukan ragbi ini di sekolah dan kawasan mereka.
Jangan lupa untuk bersama Get Into Rugby Malaysia di FB live dan Youtube LIve pada :
Jumaat 19 Mac 2021
9.15 Malam
Link FB live : https://www.facebook.com/getintorugbymalaysia/posts/2874790186072823
Link Youtube Live : https://youtu.be/9_6DtJtzjnk