SKPN 5 MUAR

SKPN 5 MUAR Ruang Informasi SK Parit No 5 Muar Johor . Khas buat semua warga sekolah kakitangan dan alumni SKPN5

PERHIMPUNAN RASMI 24 Ogos 2026 (Isnin)Penyampaian Hadiah / Sijil1. Pergerakan Puteri Islam Malaysia 2. PENGAKAP3. KLINIK...
24/08/2026

PERHIMPUNAN RASMI
24 Ogos 2026 (Isnin)

Penyampaian Hadiah / Sijil
1. Pergerakan Puteri Islam Malaysia
2. PENGAKAP
3. KLINIK SOFBOL

Tahniah kepada murid-murid yang terlibat.



Tahniah kepada 4 orang murid Pengakap Tahun 5 telah dipilih untuk menyertai PERKHEMAHAN BERSEPADU SAHABAT ALAM peringkat...
22/08/2026

Tahniah kepada 4 orang murid Pengakap Tahun 5 telah dipilih untuk menyertai PERKHEMAHAN BERSEPADU SAHABAT ALAM peringkat NEGERI pada:

21-22 Ogos 2026 (Jumaat -Sabtu)
Bertempat di SK Sg Balang Darat

Semoga pengalaman bermakna ini dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar disamping mendidik anak-anak ini menjadi insan yang berdikari serta serba berkebolehan dalam pelbagai aspek untuk masa kini dan akan datang.

Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru pengiring, ibu bapa serta wakil PIBG yang sentiasa memberikan galakan dan sokongan.๐Ÿซฐ๐Ÿ‘




๐ŸŽถ TAHNIAH CRYSTAL NOTE TEAM SK PARIT NO.5 ๐ŸŽถSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Crystal Note Team SK Parit No.5 atas...
22/08/2026

๐ŸŽถ TAHNIAH CRYSTAL NOTE TEAM SK PARIT NO.5 ๐ŸŽถ

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Crystal Note Team SK Parit No.5 atas kejayaan meraih NAIB JOHAN dalam Pertandingan Rekoder dan Genderang Sekolah Rendah Peringkat Daerah Muar 2026. ๐Ÿฅˆโœจ

Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi daripada para peserta serta bimbingan penuh komitmen daripada guru-guru pembimbing.

Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, seluruh warga SK Parit No.5 serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, doa dan dorongan sepanjang persiapan hingga ke hari pertandingan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah pada masa akan datang.

Syabas dan tahniah, Crystal Note Team! ๐Ÿ’™๐ŸŽต



๐Ÿ† TAHNIAH TEAM BICARA BERIRAMA SERITMA! ๐Ÿ†Syabas dan tahniah diucapkan kepada Team Bicara Berirama SERITMA yang telah ber...
22/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH TEAM BICARA BERIRAMA SERITMA! ๐Ÿ†

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Team Bicara Berirama SERITMA yang telah berjaya merangkul gelaran JOHAN dalam pertandingan Bicara Berirama Bahasa Melayu Sekolah Rendah! ๐ŸŽ‰๐Ÿ‘

Kejayaan ini melayakkan Team Bicara Berirama SERITMA mewakili Daerah Muar ke Pertandingan Bicara Berirama Bahasa Melayu Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor. ๐Ÿ†โœจ
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua peserta atas komitmen, disiplin, semangat berpasukan dan persembahan yang membanggakan. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat atas bimbingan, latihan dan pengorbanan yang dicurahkan.

Penghargaan yang tidak terhingga juga buat barisan pentadbir, seluruh warga kerja SK Parit No.5 serta ibu bapa atas sokongan, doa dan dorongan yang sentiasa diberikan. โค๏ธ
Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan. Semoga Team Bicara Berirama SERITMA terus cemerlang dan mengharumkan nama Daerah Muar serta SK Parit No.5 di peringkat Negeri Johor!

๐ŸŒŸ SERITMA BOLEH! SERITMA HEBAT! ๐ŸŒŸ
Tahniah dan selamat berjuang di peringkat negeri! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ†





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SETULUS PENGHARGAAN & TERIMA KASIH ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPihak SK Parit No.5 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kas...
21/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SETULUS PENGHARGAAN & TERIMA KASIH ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Pihak SK Parit No.5 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

๐Ÿ‘ฎ SJN Mohamad Nizam bin Ismail
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)
BSPT โ€“ Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
IPD Muar

atas kesudian meluangkan masa hadir ke SK Parit No.5 serta menjalin kerjasama dan hubungan erat bersama warga sekolah.

Kehadiran dan komitmen pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat bermakna dalam usaha bersama membentuk murid yang berdisiplin, berhemah, mematuhi peraturan serta mengutamakan keselamatan.

Semoga jalinan kerjasama antara SK Parit No.5 dan PDRM terus kukuh demi kesejahteraan, keselamatan dan kemenjadian anak-anak murid. ๐Ÿค๐Ÿ’™
โ€œPolis dan Masyarakat Berpisah Tiada.โ€
Terima kasih, Tuan. ๐ŸŒท๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ








Program Jelajah Susu F&N / 18 Ogos 2026 / SJKC Chung Hwa KetigaTahniah dan Syabas diucapkan kepada empat orang murid 6UM...
21/08/2026

Program Jelajah Susu F&N / 18 Ogos 2026 / SJKC Chung Hwa Ketiga

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada empat orang murid 6UM yang terpilih untuk menyertai program ini.

Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 peringkat SK Parit No.5. Tarikh : 17 hingga 20 Ogos 2026
21/08/2026

Aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 peringkat SK Parit No.5.

Tarikh : 17 hingga 20 Ogos 2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPeringkat SK Parit No.5Alhamdulillah, telah berlan...
21/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Peringkat SK Parit No.5

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh meriah Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 pada 17 Ogos 2026 bertempat di Dewan Ibnu Sina, SK Parit No.5.

Majlis telah disempurnakan oleh Puan Noorlina binti Meskon, Guru Besar SK Parit No.5, dengan penglibatan seluruh warga sekolah dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Tahun ini, sambutan tampil dengan nafas baharu melalui penggabungan elemen STEM dan nilai patriotisme, selaras dengan tema:
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œMALAYSIA MADANI: KESEJAHTERAAN DINIKMATIโ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan kreativiti, inovasi, penyelesaian masalah, kerjasama dan semangat Merdeka bakal dilaksanakan sepanjang tempoh sambutan.
Semoga Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 terus menyemarakkan Jiwa Merdeka, semangat perpaduan dan kecintaan terhadap Malaysia dalam kalangan seluruh warga SK Parit No.5.

โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’› Merdeka! Merdeka! Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ






21/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM โ€œRETRO MERDEKAโ€ โœจ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia 2026
Peringkat SK Parit No.5
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ๐ŸŒบ
๐ŸŽ‰ Jom sertai pertandingan yang menarik dan penuh kreativiti! ๐ŸŽ‰
๐Ÿ‘— Tema:
โ€œRETRO MERDEKA โ€“ Warna-warni Zaman Dahulu, Semangat Merdeka Masa Kini!โ€
๐Ÿ“… Tempoh penyertaan:
18 Ogos hingga 7 September 2026
(Untuk tujuan saringan)
๐Ÿ‘ง๐Ÿง’ Terbuka kepada:
โ€ข Murid PPKI & Tahap 1
โ€ข Murid Prasekolah
๐ŸŽฉ Pakaian yang sesuai:
โœ”๏ธ Gaya retro/klasik era 50-an hingga 90-an
โœ”๏ธ Pakaian tradisional masyarakat Malaysia
โœ”๏ธ Gabungan pakaian retro + unsur patriotik
โœ”๏ธ Warna/corak Jalur Gemilang
โœ”๏ธ Aksesori bertemakan Malaysia
โœ”๏ธ Pakaian kreatif menggunakan bahan kitar semula juga dialu-alukan โ™ป๏ธ
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Paling penting:
Pakaian mestilah mempunyai unsur semangat patriotik, kreativiti dan menepati tema โ€œRetro Merdekaโ€.

๐Ÿ“ธ CARA PENYERTAAN: 1๏ธโƒฃ Sarungkan pakaian mengikut tema.
2๏ธโƒฃ Ambil 1 keping gambar penuh peserta.
3๏ธโƒฃ Rakam video 30 saat โ€“ 1 minit peserta memperagakan pakaian.
4๏ธโƒฃ Muat naik video ke mana-mana media sosial.
5๏ธโƒฃ Hantar pautan video + gambar peserta kepada pihak yang ditetapkan.
๐Ÿ† SARINGAN:
โญ 20 peserta terbaik โ€“ PPKI & Tahap 1
โญ 20 peserta terbaik โ€“ Prasekolah
๐Ÿ“Œ Penilaian berdasarkan:
๐ŸŒŸ Kreativiti & keaslian pakaian
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Elemen patriotik
๐Ÿ‘— Kesesuaian dengan tema Retro Merdeka
๐Ÿ’ƒ Gaya memperagakan pakaian
โœจ Kekemasan & aksesori
๐Ÿ“ข Jangan lepaskan peluang!
Ajak anak-anak tampil dengan gaya retro yang kreatif, unik dan penuh semangat Merdeka!
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ โ€œRETRO GAYANYA, MERDEKA JIWANYA!โ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Anjuran:
๐Ÿ“š Panitia Sejarah & Prasekolah
SK Parit No.5

๐Ÿ“ข INFO J-SAFE SIRI 2/2026 ๐Ÿ“ข๐ŸŽ’ CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT ๐ŸซโœจKeselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab bersama...
22/07/2026

๐Ÿ“ข INFO J-SAFE SIRI 2/2026 ๐Ÿ“ข
๐ŸŽ’ CEK BEG ANAK, SEKOLAH LEBIH SELAMAT ๐Ÿซโœจ
Keselamatan anak-anak merupakan tanggungjawab bersama. Ibu bapa ialah barisan pertama dalam memastikan keselamatan anak sebelum mereka melangkah ke sekolah.

Justeru, luangkan 2 minit sebelum anak keluar rumah untuk:
โœ… Buka dan periksa beg bersama anak
โœ… Periksa semua ruang beg seperti poket utama, poket kecil, bekas pensel dan bekas makanan
โœ… Pastikan tiada barang terlarang dibawa ke sekolah
โœ… Bawa hanya keperluan pembelajaran
โœ… Berbual secara terbuka dengan anak tentang barang-barang yang dibawa ke sekolah

๐Ÿšซ BARANG TERLARANG TIDAK DIBENARKAN DI SEKOLAH, termasuk vape/rokok, senjata tajam, mercun, pemetik api, dadah atau bahan terlarang, ubat tanpa kebenaran serta barangan yang boleh membahayakan murid lain.

๐Ÿค Kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah amat penting dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan sejahtera.

๐Ÿ’™ Cek sekejap di rumah, lindungi anak di sekolah.
๐ŸŒฑ Anak selamat, sekolah hebat!







Address

SK PARIT NO 5
Semerah

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6074213584

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKPN 5 MUAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SKPN 5 MUAR:

Shortcuts

Share

Category