06/05/2026
Tampin Jamboree 2026 Edisi Gemas
Seperti biasa kami berempat join event kalini Papa, Khairi, Firas & Adam. Hasratnya kami ingin menghabiskan kayuhan kali ini sebab memang target nak habiskan kayuhan 42km nie. Firas & Adam berkobar2 dia masa menunggu di garisan permulaan.
Khairi ja yang berjaya menamatkan kayuhan. Papa, Firas & Adam terpaksa chicken. Pada awal kayuhan nampak steady semua kayuh ok akan tetapi kayuhan bermula tidak konsisten bila start kayuhan KOM1 dimana semua dah start slow.. Awalnya firas semangat kayuh bukit tapi apakan daya kaki dia cramp plak bila nak sampai puncak KOM1 tu .. kami ingat nak try juga ke KOM2 tapi Kaki Firas tidak membantu beliau berkayuh lagi jadinya terpaksa la lupakan KOM2. Adam semangat berkobar2 nak kayuh lagi tapi apakan daya COT dah tamat kono la ke KOM2 takpe takde rezeki nak full time
Kayuhan kami yang terbelakang ni membuka mata Firas & Adam akan bahaya jika berkayuh jika tidak berhati2. Bilamana mereka ternampak ramai rider tercedera disebabkan pelbagai kemalangan berlaku. Memang banyak la mereka tanya bagaimana boleh berlaku. Terpaksala juga terangkan sebab2 bagaimana boleh berlaku supaya mereka faham. Jadi eden cuba nasihat mereka jangan terlalu s**a dan ghairah nak berkayuh sampai lupa aspek keselamatan masing2. Kita datang berkayuh dalam keadaan sihat dan balik juga kalau boleh dalam keadaan sihat. Jadi berhati berkayuh dan cuba elakkan kemalangan yang kita tidak sangka boleh berlaku jika cuai dan tidak peka dengan keadaan sekeliling.
Jadinya kami terpaksa ke laluan chicken hingga ke garisan penamat. Terima kasih kepada crew membawa kami selamat ke destinasi. Apapun kami akan tetap meneruskan kayuhan dan berlatih lagi untuk mendapatkan kerjasama dari jantung dan kaki supaya kayuhan lebih konsisten dapat diterapkan dimasa hadapan.