06/07/2026
Tahun 2019, bila Batangsi Trail Run (BTR) tersenarai sebagai salah satu acara larian denai, kami telah adakan kategori 2km Kids Trail. Tak ramai yang daftar. Tetapi untuk pembangunan dan perkenalkan sukan larian denai bagi budak-budak sekolah kita wujudkan kategori tersebut.
Tahun 2023, Batangsi Trail Run bertukar nama menjadi The Batangsi Trail (TBT). Kategori 2km Kids Trail masih ada, cuma kategori kita tambah. Ada kategori umur 7 tahun hingga 12 tahun dan kategori 13 tahun hingga 17 tahun. Masih tak ramai penyertaan. Tetapi tetap ada peminat.
Tahun 2024, The Batangsi Trail bagi kategori 2km Kids Trail menunjukkan penyertaan yang paling ramai. Meriah dengan ibubapa dan anak anak kecil. Yang tak daftar pun ikut lari kerana mengikut abang atau kakak mereka. Masa ni kita tak guna timing chip, hanya sekadar catatan masa manual.
Tahun 2026, Bila TBT rebrand ke The Magnificent Batangsi Ultra, tempat dah bertukar, kita tetap wujudkan Kids Trail. Tetapi kita tambahkan jarak ke 3km. Kita gunakan bib yang ada timing cip. Trophy podium pun kita tambah. Ini semua untuk pembangunan sukan larian denai.
Semoga untuk TMBU 2027, kategori 3km Kids Trail tetap relevan, dan ibubapa berterusan menyokong usaha kami ini.