KB WIRA Semenyih

KB WIRA Semenyih KELAB BOLA SEPAK WIRA SEMENYIH Kelab Bola Sepak WIRA Semenyih merupakan Klinik Bola sepak untuk umur 5 Tahun Sehingga 17 Tahun

KELAB BOLA SEPAK WIRA SEMENYIHKepada,Datuk/Datin/Dato'/Tuan/Puan,JEMPUTAN KE SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026.KELAB BO...
03/04/2026

KELAB BOLA SEPAK WIRA SEMENYIH
Kepada,

Datuk/Datin/Dato'/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026.KELAB BOLA SEPAK WIRA SEMENYIH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kelab Bola Sepak Wira Semenyih akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara pelatih, ibu bapa serta seluruh warga kelab.
Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 4 April 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam hingga selesai
Tempat : Dewan La Pelangi, Taman Pelangi Semenyih
Pakaian : Pakaian Raya

Sehubungan itu, Datuk/Datin/Dato'/Tuan/Puan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Kehadiran Datuk/Datin/Dato'/Tuan/Puan amat kami alu-alukan bagi memeriahkan lagi sambutan ini.

Sekian, terima kasih.

“Bersama Mengeratkan Silaturahim”

*Admin*
*KB WIRA SEMENYIH*

Disebabkan kesibukan..Lama tak update pencapaian Kelab...Tapi yang ni kita update..Piala tu penting..Tahniah Pasukan U10...
18/11/2025

Disebabkan kesibukan..Lama tak update pencapaian Kelab...Tapi yang ni kita update..Piala tu penting..Tahniah Pasukan U10 KB Wira Semenyih, Coach & pengurusan.Ntt kita update p**ak pencapaian U12 & U14 p**ak...U16 kita update tahun depan...

Sannah helwah Tuan presiden.semoga diberikan kesihatan yg baik dan di dalam rahmat Allah swt
18/11/2025

Sannah helwah Tuan presiden.semoga diberikan kesihatan yg baik dan di dalam rahmat Allah swt

13/11/2025

Secebis sejarah.

Kelab WIRA Semenyih Soccer Clinic Football Club (WIRA Semenyih SCFC) dulu dikenali sebagai Kelab WIRA SCFC telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Disember 2010 atas inisiatif beberapa penduduk Kampung Sungai Purun, Semenyih dan ia telah didaftarkan secara sah dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 30 Jun 2011.

Bermula pada hari itu, kelab ini berkembang menjadi salah sebuah kelab disegani di peringkat Semenyih dan Hulu Langat kerana telah menghasilkan pemain-pemain yang berbakat yang mewakili sekolah seterusnya sehingga peringkat Negeri Selangor. Kemuncak kepada kegemilangan kelab ini ialah berjaya menjuarai Piala 1MCC Division 2 Lembah Klang pada tahun 2013.

Walau bagaimanapun, pengurusan kelab menjadi agak kucar-kacir semenjak pemergian Bekas Pengerusi kelab ini, Allahyarham Encik Zahhuri bin Mohd Zabidi pada September 2013.

Justeru pada Oktober 2014, pihak pengurusan asal kelab ini telah bekerjasama dengan Kawasan Rukun Tetangga Taman Raja Tun Uda, Semenyih untuk menguruskan kelab ini dengan lebih baik. Untuk itu, kelab ini telah dijenamakan semula (rebranding) untuk mengukuhkan kedudukan kelab ini dipersada kelab bola sepak tempatan. Nama kelab ini telah ditukar kepada Kelab WIRA Semenyih Soccer Clinic Football Club (WIRA Semenyih SCFC).

Shahrizan Hassan
Ex Unit Multimedia Kelab Wira Semenyih SCFC

Dunia dikejutkan dengan serangan terhadap Global Sumud Flotilla. Sejak semalam hingga ke saat ini, dunia seakan terhenti...
02/10/2025

Dunia dikejutkan dengan serangan terhadap Global Sumud Flotilla.

Sejak semalam hingga ke saat ini, dunia seakan terhenti seketika.

Semua platform media sosial, Threads, Facebook, Instagram, TikTok hanya memperkatakan tentang satu perkara, kapal-kapal keamanan Global Sumud Flotilla yang diserang tentera rejim Israel (IDF).

Apa yang sepatutnya menjadi misi kemanusiaan, disambut dengan tangan besi.

Apa yang sepatutnya membawa harapan, dipatahkan dengan peluru dan ugutan.


Global Sumud Flotilla bukanlah kapal perang.

Ia bukan kump**an bersenjata.

Ia adalah kump**an kapal yang membawa aktivis keamanan, wartawan, doktor, pemimpin masyarakat, dan anak-anak muda dari lebih 40 buah negara.

Mereka datang dengan satu niat yang satu,menembusi sekatan kejam yang sudah lebih 18 tahun menjerut Gaza.

Kapal ini membawa ubat-ubatan, makanan, dan suara solidariti.

Mereka ingin menunjukkan kepada dunia bahawa ada manusia yang masih berani bangun menentang kezaliman.

Tetapi apa yang berlaku?

Sebelum sampai ke destinasi, mereka diserang.

Kapal dirampas, komunikasi diputuskan, aktivis ditahan.

Antaranya ialah aktivis Greta Thunberg, simbol suara anak muda dunia.

Juga aktivis Malaysia, dan juga selebriti berpengaruh Malaysia.


Persoalan besar, apakah salah mereka ini hingga ditahan?

Apakah memberi roti itu satu jenayah?
Apakah membawa ubat itu satu ancaman?
Apakah menjeritkan kebenaran itu satu kesalahan?

Israel mendakwa ia adalah tindakan mempertahankan sekatan “yang sah”.

Tetapi bagaimana sesuatu yang jelas menafikan hak asasi manusia boleh dianggap sah?

Apakah undang-undang yang membenarkan kanak-kanak kebuluran, hospital kehabisan ubat, dan sebuah wilayah dipenjara lebih lama daripada hayat seorang remaja?


Kejadian ini tidak hanya berlaku di laut Mediterranean.

Ia berlaku di mata dunia.

Setiap kali Israel cuba menutup suara, suara itu jadi lebih lantang.

Setiap kali kapal ditenggelamkan, akan muncul ratusan kapal lagi di hati manusia yang tidak rela melihat kezaliman.

Hari ini, walaupun misi ini mereka ingin ‘patahkan’, dunia semakin bising.

Dari jalan-jalan utama di kota-kota besar, dari timeline media sosial, solidariti semakin membesar.


Kita sebagai umat manusia, lebih-lebih lagi sebagai pemilik bisnes, pemimpin masyarakat, orang biasa yang punya hati, harus bertanya:

Apakah kita mahu jadi penonton bisu dalam tragedi ini?

Atau kita mahu jadi sebahagian dari sejarah, kita juga memilih untuk bersuara?

Global Sumud Flotilla telah menunjukkan bahawa keberanian itu bukan milik tentera, tetapi milik mereka yang berani mempertahankan kemanusiaan walaupun tahu risikonya adalah penjara atau peluru.


Hari ini mungkin kapal dirampas. Hari ini mungkin aktivis ditahan.

Tetapi esok, akan ada lebih ramai yang bangkit.

Akan ada gelombang seterusnya yang semakin membara bangkitnya.

Ombak tidak pernah kalah. Ombak akan terus memukul pantai, lagi dan lagi, hingga batu yang paling keras pun hancur.

Dan sejarah akan mengingati, bahawa rejim boleh menahan kapal, tetapi tidak akan pernah dapat menahan kebenaran.

Sama-sama kita doakan Global Sumud Flotillia ini tercapai misinya!



12/06/2025

SEMBANG BOLA 🤭🙏🙏

18/11/2024

💥🎊🎂🎉🎊🎉🎊🎂🎉🎊💥
🌷🌷🌷🥰🥰🥰
Sanah Helwah / Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tuan Presiden KB Wira Semenyih Fauzi Mansor Fauzi Bin Mansor Mohd Fauzi Mansor

👩‍🦰 Semoga dipanjangkan umur
😂 Ceria Selalu
🏧 Dimurahkan Rezeki
💪🏼 Diberikan Kesihatan baik
👱🏻‍♂️ Ditetapkan Iman
✈️ Berbahagia Dunia dan Akhirat disamping keluarga tersayang
🕋 Serta mendapat Keberkatan
dalam hidup

° *آمِيّنْ.. آمِيّنْ.. آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ..*

10/11/2024

Pada tahun 80-an, Selangor adalah ‘raja’ bola sepak Malaysia. Mereka mempunyai pemain legenda seperti Mokhtar Dahari, yang pernah menarik minat kelab ternama Real Madrid.

Selangor juga melahirkan A. Arumugam, penjaga gol terbaik Asia.

Pada era 90-an, mereka membina Stadium Shah Alam, salah satu stadium terbesar di Asia Tenggara. Mereka memenangi pelbagai kejuaraan, dan ramai pemain kebangsaan pilih untuk bermain di sana.

Mereka pernah membawa pemain seperti Karel Stromsik, penjaga gol yang bermain di Piala Dunia untuk pasukan Czechoslovakia. Mereka pernah membawa Tony Cotte, pemain kebangsaan England.
Mehmet Durakovic juga pernah bermain di Piala Dunia.

Pada zaman ini Selangor adalah 'King' sehingga Amy Search, yang berasal dari Johor, turut menyokong Selangor. Ketika itu, pasukan Johor Masih lemah dan sering kali kalah dalam perlawanan.

SEBELUM JDT - ADA SELANGOR

Kini, giliran Johor Darul Ta’zim p**a menguasai arena bola sepak Malaysia. Tetapi, seperti mana-mana kejayaan, ia tidak kekal selamanya. Pasti, suatu hari nanti, JDT juga akan menghadapi kitaran yang sama.

Buat penyokong JDT, ingatlah bahawa dalam kejayaan, rendah diri adalah kunci. Menjadi kuat adalah penting, tetapi kekal rendah diri adalah lebih bermakna. Dengan sikap ini, JDT bukan sahaja dihormati tetapi penyokong negeri lain boleh tumpang bangga dan sayang.

Masalahnya hari ini ada segelintir penyokong yang terlalu sombong. Semakin sombong - semakin ramai yang meluat.

JDT tak salah, tapi ada segelintir penyokong yang kadang-kadang terlebih "over"

JDT pasti menang malam esok, tapi janganlah Komen kutuk pasukan lain. Imej pasukan akan lebih dihormati kalau pasukan kuat dan penyokongnya humble.

Ini bukan cerita sejarah, tapi mengajak kita semua menjadi seperti padi, semakin berisi, semakin menunduk..

Cnp

Address

Semenyeh

Telephone

+60126108994

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KB WIRA Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KB WIRA Semenyih:

Share

Category