Segamat Football Association

Segamat Football Association This page is intended to provide information about activities carried out by Segamat FA.

[PERLAWANAN PERSAHABATAN]PERSATUAN dalam proses menyiapkan pasukan U23 Segamat FA ke Piala Tunku Mahkota Johor 2026 yang...
19/08/2026

[PERLAWANAN PERSAHABATAN]

PERSATUAN dalam proses menyiapkan pasukan U23 Segamat FA ke Piala Tunku Mahkota Johor 2026 yang akan diadakan di Kulai.

Mohon doa semua agar segala urusan Persatuan dipermudahkan.

Majulah Sukan Bola Sepak untuk daerah Segamat.


FAM GRASSROOTS COACHING COURSE | MAJLIS PENUTUP Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Coach Suthersh Sanka...
16/08/2026

FAM GRASSROOTS COACHING COURSE | MAJLIS PENUTUP

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Coach Suthersh Sankaran Nair, Instructor Utama, Coach Mohd Fauzi bin Mohtar, Pembantu Instructor, serta semua peserta kursus atas komitmen dan kerjasama sepanjang 3 hari kursus.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Abd Razak bin Abd Malik, Naib Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Daerah Segamat.

Tahniah dan syabas kepada semua!
Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha membangunkan bola sepak akar umbi.

[KURSUS KEJURULATIHAN AKAR UMBI 2026]HARI KE 3Peserta diberikan tugas mengendalikan satu Program Klinik Bola Sepak yang ...
16/08/2026

[KURSUS KEJURULATIHAN AKAR UMBI 2026]

HARI KE 3

Peserta diberikan tugas mengendalikan satu Program Klinik Bola Sepak yang disertai pelatih-pelatih yang berumur 8 - 12 tahun.

Tahniah buat semua peserta.

Tamat sesi Kursus Kejurulatihan Akar Umbi anjuran Segamat FA.

Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih buat semua peserta yang terlibat.

Terima Kasih buat kedua - dua instructor.

Terima kasih FAM.

Terima kasih PBNJ.

Sekian.

[KURSUS KEJURULATIHAN AKAR UMBI 2026]HARI KE 2Peserta dikehendaki mengendalikan  sendiri sesi latihan bersama pelatih Ak...
15/08/2026

[KURSUS KEJURULATIHAN AKAR UMBI 2026]

HARI KE 2

Peserta dikehendaki mengendalikan sendiri sesi latihan bersama pelatih Akedemi yang berumur 8 - 12 tahun dan turut dibantu oleh Instructors.

Kursus bersambung ke sesi petang. Kelas Teori di SK Temenggong Abdul Rahman.

[SESI PETANG]Hari Pertama. Aktiviti Teori di Kelas.Persatuan mengucapkan Terima Kasih kepada Sekolah Temenggong Abdul Ra...
14/08/2026

[SESI PETANG]

Hari Pertama. Aktiviti Teori di Kelas.

Persatuan mengucapkan Terima Kasih kepada Sekolah Temenggong Abdul Rahman kerana memberi kebenaran untuk menggunakan Stars Digital Space Class.

[KURSUS AKAR UMBI FAM 2026]14 OGOS 2026Telah bermula Kursus Kejurulatihan Akar Umbi 2026 FAM. Seramai 20 orang pelatih t...
14/08/2026

[KURSUS AKAR UMBI FAM 2026]

14 OGOS 2026

Telah bermula Kursus Kejurulatihan Akar Umbi 2026 FAM. Seramai 20 orang pelatih telah menyertai kursus ini sehingga Ahad.

Majulah Sukan Bola Sepak.



MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN BOLASEPAK DAERAH SEGAMAT BIL. 1/2026Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Daerah S...
12/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN BOLASEPAK DAERAH SEGAMAT BIL. 1/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Daerah Segamat Bil. 1/2026 telah diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan, pembangunan serta hala tuju bola sepak di Daerah Segamat.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Ezzuddin bin Sanusi, Pegawai Daerah Segamat merangkap Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Daerah Segamat.

Turut hadir Encik Fairul bin Surian, Yang Dipertua Majlis Daerah Labis merangkap Timbalan Yang Dipertua 2, serta barisan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Bolasepak Daerah Segamat.

Antara perkara yang turut dibincangkan adalah perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Persatuan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, sebagai usaha memperkukuhkan pembangunan serta pengurusan bola sepak di Daerah Segamat.

Semoga segala perancangan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kemajuan dan pembangunan bola sepak Daerah Segamat.

⚽ LIGA BOLA SEPAK DAERAH SEGAMAT 2026 βš½πŸ† M A J U L A H  S U K A N  B O L A S E P A K  D A E R A H  S E G A M A T!Segamat...
10/08/2026

⚽ LIGA BOLA SEPAK DAERAH SEGAMAT 2026 ⚽
πŸ† M A J U L A H S U K A N B O L A S E P A K D A E R A H S E G A M A T!

Segamat Football Association dengan sukacitanya membuka pendaftaran Liga Bola Sepak Daerah Segamat 2026! πŸ”₯

πŸ’° Yuran Penyertaan:
β€’ Ahli Gabungan: RM1,030
β€’ Bukan Ahli Gabungan: RM1,040
(Termasuk deposit RM400)

πŸ† HADIAH KEMENANGAN
πŸ₯‡ Johan β€” Piala Pusingan + Piala Iringan + RM5,000 + Medal
πŸ₯ˆ Naib Johan β€” Piala Iringan + RM3,000 + Medal
πŸ₯‰ Tempat Ke-3 β€” RM1,500 + Medal
πŸ… Tempat Ke-4 β€” RM1,000 + Medal

πŸ“… Tarikh Tutup Penyertaan:
24 Ogos 2026 (Isnin), sebelum 12.00 malam

⚽ Sepak Mula Liga:
September 2026
(Tarikh akan dimaklumkan semasa taklimat pengurus)

πŸ“Œ Terhad kepada 16 pasukan sahaja!
Pendaftaran lengkap secara online dan bayaran perlu dibuat sebelum tarikh tutup.

πŸ“ž Pendaftaran & Pertanyaan:
En. Khairul Najid β€” 013-745 9895
πŸ“§ [email protected]

πŸ”₯ Rebut peluang untuk menjadi juara Liga Bola Sepak Daerah Segamat 2026!
MAJULAH SUKAN BOLASEPAK DAERAH SEGAMAT! βš½πŸ†

SESI PERJUMPAAN AJK SEGAMAT FAπŸ“… 6 Ogos 2026 | Pejabat Daerah Segamat Sesi Perjumpaan telah dipengurusikan oleh : Encik A...
09/08/2026

SESI PERJUMPAAN AJK SEGAMAT FA

πŸ“… 6 Ogos 2026 | Pejabat Daerah Segamat

Sesi Perjumpaan telah dipengurusikan oleh : Encik Abd Razak bin Abd Malik, Naib Yang Dipertuan PBSD Segamat.

Antara agenda utama yang telah dibincangkan:

1️⃣ Perlantikan AJK Liga Segamat 2026
2️⃣ Syarat pertandingan & tarikh Liga Segamat 2026
3️⃣ Cadangan penganjuran Liga Segamat Akar Umbi 2026
4️⃣ Pelan perancangan ke JFL bagi menghadapi Piala TMJ & Piala Sultan

Semoga segala perancangan dan perbincangan yang telah dipersetujui dapat direalisasikan dengan lancar serta mencapai matlamat demi pembangunan bola sepak Daerah Segamat. ⚽πŸ”₯

β€œMajulah Bola Sepak untuk Daerah Segamat” πŸ’ͺ⚽

[π—£π—˜π— π—œπ—Ÿπ—œπ—›π—”π—‘]Satu sesi Pemilihan Terbuka bagi mencari pemain bawah 23 tahun (20 - 23 tahun) ke Piala Tunku Mahkota Johor 2...
03/08/2026

[π—£π—˜π— π—œπ—Ÿπ—œπ—›π—”π—‘]

Satu sesi Pemilihan Terbuka bagi mencari pemain bawah 23 tahun (20 - 23 tahun) ke Piala Tunku Mahkota Johor 2026 yang akan diadakan pada ketetapan berikut.

πŸ“…Tarikh : 8 August 2026
⏰Masa : 4.30 Petang
🌎Tempat : Padang Awam Kg Abdullah (Li Chi)
☎️Hubungi : Coach Remy (013-478 2371)

Kepada pemain-pemain yang berminat, boleh hadirkan diri dan pamerkan bakat anda. Pemain mestilah hadir dengan lengkap berpakaian seperti pemain bolasepak.

Ayuh anak Segamat. Ayuh bersemangat!



Address

KM 5, Jalan Genuang
Segamat
85000

Telephone

+60137459895

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Segamat Football Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Segamat Football Association:

Shortcuts

Share

Category