03/08/2023
☆Tadabbur Kalamullah 17 Muharram 1445H☆
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔایَـٰتِ رَبِّهِۦ ثُمَّ أَعۡرَضَ عَنۡهَاۤۚ إِنَّا مِنَ ٱلۡمُجۡرِمِینَ مُنتَقِمُونَ
"Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas" [Surah as-Sajdah 22]
swt memaklumkan dalam ayat ini bahawa tidak ada lagi yang lebih zalim dari mereka yang berperangai seperti ayat ini iaitu setelah diberikan peringatan, mereka tetap berdegil tidak mahu menerima peringatan itu. Mereka tetap dengan pendirian kekal menolak kebenaran.
tersebut sangatlah buruk dan teruk kerana telah dibacakan dalil-dalil dari ayat-ayat al-Quran, mereka tetap buat tak kisah dan tak endah sahaja. Mereka layan ayat al-Quran itu seumpama kata-kata daripada kawan-kawan mereka sahaja. Mereka lebih selesa ikut pendapat kawan-kawan, tokoh-tokoh barat, ahli motivasi, selebriti, netizen daripada firman Allah swt.
juga berpaling dan tetap mengingkari ayat-ayat dan tanda-tanda yang Allah berikan itu. Iaitu setelah diberikan peringatan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan ayat-ayat dalam alam ini, mereka masih lagi tidak mahu terima, masih lagi engkar, masih lagi mahu mendengar kata-kata daripada manusia. Orang sebegini, Allah mengatakan tidak ada lagi yang lebih zalim dari mereka.
mereka digelar الْمُجْرِمِينَ, yang bermaksud penjenayah. Kenapakah mereka digelar penjenayah? Kerana mereka tahu undang-undang Allah tetapi mereka langgar juga. Tidak ikut peraturan Allah dan membuat peraturan sendiri.
Allah swt:
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوراً
“Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai” [Surah al-Furqan 30]
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, yang dimaksudkan dengan meninggalkan al-Quran iaitu:
1. Mereka yang tidak s**a mendengar al-Quran.
2. Mereka yang tidak beramal dengan al-Quran.
3. Mereka tidak berhukum dengan al-Quran.
4. Mereka tidak bertadabbur dengan al-Quran.
♡Sesiapa yang menolak peringatan Allah swt, itulah manusia yang paling zalim dan paling sombong. Mereka akan beroleh azab dan seksaan yang dahsyat di mahsyar kelak. Insafilah!!♡
🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah
Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah