15/02/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pasukan Silat Helang Putih Perkasa Sarikei atas komitmen dan semangat kebersamaan dalam menjayakan Program Gotong-Royong Perdana di Masjid Ar-Rahmah pada hari ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada anak-anak silat yang telah menunjukkan disiplin, adab dan semangat bekerjasama sepanjang program berlangsung. Kalian bukan sahaja belajar ilmu persilatan, tetapi turut mempraktikkan nilai tanggungjawab dan khidmat kepada masyarakat.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Pengerusi SHPP SARIKEI,GURU Dayang Siti Mariam, atas sokongan dan dorongan program ini dengan jayanya.
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada ibu bapa anak-anak silat atas sokongan, kepercayaan dan dorongan yang berterusan. Tanpa restu dan galakan daripada ibu bapa, penglibatan anak-anak dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Semoga segala usaha dan pengorbanan yang diberikan menjadi amal jariah yang diberkati serta mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.
โSilat Membina Jiwa, Khidmat Mengukuh Ukhuwah.โ
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.