17/07/2026
Semoga dipermudah segala urusan dan semuanya berjalan dengan lancar🤲
Ucapan terima kasih buat pihak Majlis Sukan Negeri Perlis atas usaha ini🫶.
TAWARAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF & PENYELENGGARAAN FASILITI SUKAN MSN PERLIS
Majlis Sukan Negeri Perlis mempelawa kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk menyertai tawaran sebut harga bagi beberapa kerja penyelenggaraan dan naik taraf fasiliti sukan.
Antara kerja yang ditawarkan:
✅ Naik taraf Padang Bola Sepak Kampung Simpang Sanglang
✅ Naik taraf Gelanggang Merenjam Lembing
✅ Naik taraf Asrama MSN Perlis
✅ Naik taraf Dewan Skuasy dan kerja-kerja berkaitan
✅ Naik taraf Tandas Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
✅ Naik taraf serta penyelenggaraan Dewan Serbaguna
📅 Tempoh iklan: 17 Julai 2026 hingga 30 Julai 2026
⏰ Tarikh tutup: 30 Julai 2026 (Khamis), jam 12.00 tengah hari
Dokumen sebut harga boleh diperoleh di Pejabat Majlis Sukan Negeri Perlis mengikut syarat dan kadar bayaran yang telah ditetapkan.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Unit Pengurusan dan Kewangan, Majlis Sukan Negeri Perlis di talian 04-9767406.