Persatuan Bola Sepak Daerah Sandakan

Persatuan Bola Sepak Daerah Sandakan PBDS

12/08/2026

Selamat Berangkat, Pasukan Futsal SUKMA Lelaki Sabah

Pasukan Futsal Lelaki Sabah berangkat hari ini.
Semoga segala urusan sepanjang perjalanan dipermudahkan dan pasukan dapat memberikan persembahan terbaik dengan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan.

Selamat maju jaya dan selamat berjuang!

SANDAKAN MIX CHAMPIONSHIP CUP 2026Knockout stage bracketšŸ”„Persatuan Bola Sepak Daerah Sandakan
30/07/2026

SANDAKAN MIX CHAMPIONSHIP CUP 2026

Knockout stage bracketšŸ”„

Persatuan Bola Sepak Daerah Sandakan

AYOH ANAK ANAK SANDAKANBERUMUR 12 TAHUN.Sertai pemilihan pemain mewakiliSandakan di Kejohanan Rhinos Cup.8 OGOS 2026 | 1...
30/07/2026

AYOH ANAK ANAK SANDAKAN
BERUMUR 12 TAHUN.

Sertai pemilihan pemain mewakili
Sandakan di Kejohanan Rhinos Cup.

8 OGOS 2026 | 1.30PM | Padang Sintetik Sdkn.

18/06/2026
18/06/2026

šŸ„‡šŸ†Juara
TNS FC

18/06/2026
Kearah transformasi sukan bola sepak daerah sandakan melalui media digital.
08/05/2026

Kearah transformasi sukan bola sepak daerah sandakan melalui media digital.

Alhamdulillah, selesai satu sesi perjumpaan dan cadangan kolaborasi yang cukup bermakna semalam bersama rakan-rakan yang mempunyai minat, semangat dan visi yang sama dalam pembangunan bola sepak khususnya di daerah Sandakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan, idea, tenaga serta komitmen dalam menjayakan setiap perancangan dan gerak kerja yang diusahakan bersama. Pertemuan seperti ini bukan sekadar sesi santai, tetapi menjadi ruang untuk bertukar pandangan, mengeratkan silaturahim serta merancang pelbagai usaha demi memeriahkan lagi suasana bola sepak di Sandakan.

Penghargaan khusus buat Musketeers Football Academy atas komitmen berterusan dalam membantu pembangunan bakat bola sepak akar umbi serta memberi ruang dan peluang kepada generasi muda untuk berkembang. Semangat yang dibawa oleh akademi seperti ini amat penting dalam melahirkan lebih ramai pemain berbakat, berdisiplin dan bermentaliti besar untuk masa depan bola sepak tempatan.

Terima kasih juga buat Banana Republik khususnya saudara Jabir Javiertrafford Der Reddevil selaku grafik designer yang banyak membantu dari sudut kreativiti, penjenamaan serta penghasilan bahan visual yang berkualiti. Dalam era media sosial hari ini, peranan kreatif amat penting bagi membantu bola sepak tempatan lebih dikenali, lebih dekat dengan masyarakat dan mampu menarik perhatian ramai pihak termasuk penaja serta komuniti luar.

Harapan kami agar usaha kecil seperti ini mampu menjadi pencetus kepada sesuatu yang lebih besar buat bola sepak Sandakan. Kita mahu melihat lebih banyak kejohanan dianjurkan, lebih ramai anak muda turun ke padang, lebih banyak komuniti bola sepak bersatu serta lebih ramai penyokong memberi sokongan kepada pasukan dan pemain tempatan. Bola sepak bukan sekadar permainan, tetapi medium yang mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Kami juga berharap agar suatu hari nanti nama Sandakan bukan sahaja dikenali di peringkat daerah atau negeri, malah mampu menjadi perhatian seluruh negara dan juga dunia. Dengan bakat yang ada, semangat komuniti yang kuat serta sokongan pelbagai pihak, tidak mustahil bola sepak Sandakan mampu melahirkan pemain berkualiti, penganjuran yang hebat dan identiti bola sepak yang tersendiri.

Semoga segala usaha, kerjasama dan persahabatan yang terjalin ini terus dipermudahkan serta diberkati. Terima kasih kepada semua yang sentiasa percaya dan terus menyokong perkembangan bola sepak Sandakan. Perjalanan ini masih panjang, namun setiap langkah kecil hari ini pasti membawa makna besar untuk masa depan.

Foto : Hyda Rabiahtul Wahidah Abdul

SANDAKAN PRIDE.Tahniah Squad SUKMA Futsal sabah..Terbaikk buat semua anak jati sandakan...
22/04/2026

SANDAKAN PRIDE.
Tahniah Squad SUKMA Futsal sabah..
Terbaikk buat semua anak jati sandakan...

Address

Daerah Sandakan
Sandakan
90000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Bola Sepak Daerah Sandakan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share