ASRO FC

ASRO FC Kelab Bola Sepak Asro
C-PHG-14370

Pasukan Bolasepak Orang Asli Rompin. Gabungan belia daripada Kampung Orang Asli Daerah Rompin,Pahang.

berminat menaja/menyumbang. hubungi : 013-7972132
akaun bank : AGRO Bank (1006331000054802) Kelab Bolasepak Asro

19-20/07/2025Padang KOA Bukit Serdang Rompin Pahang.Syukur dan terima kasih, kejohanan berlansung selama 2 hari sanggat ...
23/07/2025

19-20/07/2025
Padang KOA Bukit Serdang Rompin Pahang.

Syukur dan terima kasih, kejohanan berlansung selama 2 hari sanggat bermakna bagi pihak ASRO FC sebagai penganjur dengan kerjasama Jpkkoa Bukit Serdang .Julung kalinya melalui kelulusan Dana Sukan Komuniti (DSK) kejohanan ini selesai dengan penuh kemeriahan dirasa khususnya masyarakat Orang Asli setempat.
Terima kasih kepada tuan rumah serta penduduk KOA Bukit Serdang memberi ruang untuk Kelab ini menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Asro FC 2025.Terima kasih juga kepada semua pasukan yang terlibat, hadir dari jauh sehingga bermalam 2 hari demi semangat kesukanan yang tinggi.
Tahniah diucapkan kepada pasukan PR FC dinobatkan sebagai juara,Kudung B FC naib juara, Serdang FC tempat ketiga dan Kedaik FC tempat ke empat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Pn.Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim (Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin) bagi merasmikan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Asro FC 2025.
Terima kasih juga kepada semua agensi Pbsd Rompin AdmJakoa Rompin Apm Rompin Pejabat Penerangan Daerah Rompin dan Pengadil Persatuan Bolasepak Daerah Rompin telah bekerjasama dalam menjayakan kejohanan ini.
Semoga kejohanan ini akan terus kekal diadakan dimasa akan datang melalui kelulusan peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK).







Melalui kelulusan Peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) dibawah KBS , buat julung kalinya ASRO FC  akan menganjurkan Kejo...
27/06/2025

Melalui kelulusan Peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) dibawah KBS , buat julung kalinya ASRO FC akan menganjurkan Kejohanan Bolasepak 9s ASRO 2025.
Ayuh pasukan Orang Kita...

Syukur dan terima kasih kepada anda semua yang memberi sumbangan dan support pasukan Orang Kita πŸ‘πŸ‘πŸ».Teruslah menyokong p...
30/05/2025

Syukur dan terima kasih kepada anda semua yang memberi sumbangan dan support pasukan Orang Kita πŸ‘πŸ‘πŸ».

Teruslah menyokong pasukan Orang Kita.
Saksikan perlawananπŸ‘‡

ASRO FC
KSM United FC
Serdang FC

bukan anda,siapa lagi yang akan menyokong?

sedikit sumbangan kepada kelab ASRO FC , tak boleh bagi banyak, boleh buat beli air jadi lah....jika ada yang ingin menyumbang boleh bank in ke akaun bank Kelab ASRO FC, agrobank ( 1006 3310 0005 4802 )...
ada 10.00 bagi 5.00,
ada 100.00 bagi 50.00,
ada 1,000.00 bagi 500.00,
ada 10,000.00 bagi 5,000.00, kita cop nama orang bagi dekat jersi... jangan bagi habis sebab next liga boleh bagi lagi yang baki tu...
kan...kan...kan...

17/05/2025 SABTUKg.Penderas Kuala Krau, Termerloh.Kejohanan Bola Sepak 9s terbuka Orang Asli 2025 anjuran Kelab 4x4 OA P...
18/05/2025

17/05/2025 SABTU

Kg.Penderas Kuala Krau, Termerloh.

Kejohanan Bola Sepak 9s terbuka Orang Asli 2025 anjuran Kelab 4x4 OA Pahang .

ASRO FC telah menghantar satu pasukan mewakili belia-belia Orang Asli sekitar Daerah Rompin.Turut serta dalam kejohanan ini adalah pasukan Kampung OA sekitar Daerah Rompin iaitu KSM United FC (Kg.Sg Mok) ,Kedaik Star RPS Kedaik FC dan Buluh Nipis.

Penyertaan pasukan OA Daerah Rompin telah menunjukan semagat kesukanan yang tinggi dan telah membuktikan belia-belia OA sentiasa bergiat aktif dalam sukan Bola Sepak.

ASRO FC sentiasa menyokong penuh dan memberi ruang kepada belia OA yang mempunyai bakat dan harus dipertengahkan ke peringkat lebih tinggi melalui kejohanan yang akan dipertadingkan kelak.

Teruslah menyokong pasukan ORANG KITA.

11/05/2025 AhadPadang Kg.Kolam Rompin.Perlawanan persahabatan,ASRO FC   VS Ruzenter Football Club - Ruzenter FC Persiapa...
11/05/2025

11/05/2025 Ahad
Padang Kg.Kolam Rompin.

Perlawanan persahabatan,
ASRO FC VS Ruzenter Football Club - Ruzenter FC

Persiapan barisan pemain sebelum menghadiri Liga 9S OA Penderas Termerloh Anjuran Kelab 4x4 Orang Asli Negeri Pahang yang akan berlansung pada 17/05/2025 nanti.

Teruslah menyokong pasukan orang kitaπŸ‘πŸ».

04/05/2025 AhadKejohanan Bolasepak 9s terbuka Rompin 2025.Anjuran Kelab Bola Sepak Mukim Endau dan Kelab Belia Raja Laut...
04/05/2025

04/05/2025 Ahad

Kejohanan Bolasepak 9s terbuka Rompin 2025.
Anjuran Kelab Bola Sepak Mukim Endau dan Kelab Belia Raja Laut.

ASRO FC telah menyertai kejohanan ini dengan gabungan belia Orang Asli sekitar Daerah Rompin daripada Kampung Orang Asli Bukit Serdang,Denai,Kedaik,Mentelong dan Guri.
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang telah berusaha sebaiknya.

Turut sertai bersama dalam kejohanan ini adalah pasukan dari Kampung Orang Asli sekitar Daerah Rompin iaitu KSM United FC , Serdang FC dan Kedaik FC.
Semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukan oleh bakat-bakat anak muda kita sangat memuaskan.

Melalui ASRO FC akan sentiasa membawa dan mempertengahkan bakat belia masyarakat kita.Terus kekalkan semagat kesukanan yang tinggi.πŸ‘πŸ‘πŸ»

20/04/25 (Ahad)Liga Persahabatan Bola Sepak 9s ASRO FC 2025.Terima kasih kepada semua pasukan yang menyertai.Tahniah diu...
25/04/2025

20/04/25 (Ahad)

Liga Persahabatan Bola Sepak 9s ASRO FC 2025.

Terima kasih kepada semua pasukan yang menyertai.Tahniah diucapkan kepada pasukan 3 terbaik, Johan (Bukit Serdang)
N/Johan (Buluh Nipis) dan tempat ke tiga (Denai).
ASRO FC menyokong penuh semangat kesukanan yang tinggi telah ditunjukan oleh bakat-bakat anak muda kita.
Melalui ASRO FC akan sentiasa mempertengahkan bakat anda serta membantu hingga ke peringkat lebih tinggi.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
En.Romzi JAKOA Rompin , Pengerusi JPKKOA, AJK Jpkkoa Bukit Serdang , AJK ASRO FC dan Pengadil Persatuan Bolasepak Daerah Rompin.
Turut bersama dari awal sehingga penghujung, warga penduduk Kampung Bukit Serdang serta penyokong-penyokong pasukan yang hadir.
Syukur dan terima kasih semuanya.

13/4/2025Taklimat dan undian kumpulan Liga Persahabatan Bola Sepak 9s Asro Fc 2025 dengan kerjasama JPKKOA Bukit Serdang...
15/04/2025

13/4/2025

Taklimat dan undian kumpulan Liga Persahabatan Bola Sepak 9s Asro Fc 2025 dengan kerjasama JPKKOA Bukit Serdang.
Hanya 8 pasukan yang dijemput untuk meyertai kejohanan ini,sudah semestinya pasukan dari Kampung OA sekitar Daerah Rompin.

Ayuhh hadir beramai-ramai bagi sokongan kepada pasukan dari kampung anda πŸ‘πŸ»

20/04/25 Ahad
Lokasi Padang Kg.Bukit Serdang
Masa 8.00pagi-6.00petang

23/03/2025Mesyuarat Agung Kelab Bola Sepak Asro kali ke-2 dan majlis berbuka bersama ahli kelab.Syukur dan terima kasih ...
23/03/2025

23/03/2025

Mesyuarat Agung Kelab Bola Sepak Asro kali ke-2 dan majlis berbuka bersama ahli kelab.

Syukur dan terima kasih kepada semua yang hadir πŸ‘.

Ball'or 2024 milik Rodri MC πŸ‘πŸ‘πŸ‘
29/10/2024

Ball'or 2024 milik Rodri MC πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Address

Kampung Bukit Serdang
Rompin

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ASRO FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category