06/12/2022
Pada Sabtu dan Ahad 3 dan 4 Disember yang lalu, AT Rembau menghantar pasukan ke Yayasan Sime Darby Chairman's Trophy 2022 bagi kategori U11.
Skuad AT Rembau telah mengharungi 6 perlawanan kesemuanya termasuk di peringkat kump**an, suku akhir plate, semi final plate dan penentuan tempat ke 3 dan ke 4 plate.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Coach Amirul yang mengemudi pasukan ke kejohanan ini serta jurulatih-jurulatih yang bersama-sama mempersiapkan pasukan.
Tahniah dan terima kasih juga kepada ibu bapa semua atas pelbagai inisiatif untuk bersama-sama menjayakan penglibatan AT Rembau ini sejak awal lagi sehinggalah tamat kejohanan. Ibu bapa semua memang "sporting" dan sanggup berkorban apa sahaja demi pembangunan anak-anak semua. Terima kasih juga kepada yang menyumbang.
Kepada pemain-pemain semua. Tahniah diucapkan. S**a, duka, gembira, kecewa, dan pelbagai perasaan yang dilalui sepanjang mengharungi 6 perlawanan InsyaAllah akan membentuk kematangan dan jati diri. Keep it up! 💪