25/05/2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Cik Din, Abe Hizam, Kak Kay, Cikgu Rina, Rafiq, Yaya, Suzi, Hasnol, Huda , ah how dan semua parents fighter yang sentiasa hulur bantuan. Sama-sama menjayakan potluck, urut fighter dan beri semangat tanpa henti.
Terima kasih juga kepada Cikgu Sirhan dan Cikgu Abbas yang sentiasa sabar mengajar anak-anak Muay Gomo hingga makin berani dan berdisiplin.
Buat semua fighter dan corner man, inilah family Gomo yang sentiasa bertolak ansur dan saling membantu. Dari pagi sampai malam, tak kisah anak siapa yang berlawan, kita tetap tunggu dan beri sokongan sampai habis. Semangat kekeluargaan macam ni memang terbaik.
Jutaan terima kasih juga kepada pihak penganjur ABX Fighting kerana memberi peluang kepada anak-anak Muay menonjolkan bakat di pentas anda. Teruskan event-event seperti ini demi perkembangan sukan anak muda ke arah yang lebih baik dan positif.
Muay Gomo bukan sekadar pasukan, tapi sebuah keluarga β€οΈπ₯