23/08/2026
JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 🕌✨
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Musolla Idaman Kota Puteri akan mengadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul. Kami berbesar hati menjemput semua ahli kariah, jemaah, dan penduduk setempat untuk bersama-sama memeriahkan majlis ilmu ini.
Berikut adalah ketetapan majlis:
Tajuk Ceramah: "Mendidik Anak Generasi Merdeka: Meneladani Akhlak Rasulullah SAW"
Penceramah: Ust. Moqti Ahmad
Tarikh: 23 Ogos 2026 (Ahad)
Tempat: Musolla Idaman Kota Puteri
Atur Cara Majlis:
7.15 Malam: Ketibaan jemaah & Solat Maghrib berjemaah
7.45 Malam: Sesi Ceramah
Masuk Waktu Isyak: Solat Isyak berjemaah
Selepas Isyak: Santapan jamuan makan dan sesi penyampaian hadiah
Marilah kita luangkan masa membawa keluarga bersama-sama menghayati sirah dan mengambil iktibar daripada akhlak mulia Baginda Rasulullah SAW.
Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairan jaza'.