Seni Silat Pencak Tangkas

Seni Silat Pencak Tangkas Gelanggang Bukit Beruntung Hulu Selangor, Gurulatih: Ustaz Amirul Hakim & Cikgu Umar Norhadi

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri✨Maaf Zahir & BatinSemoga Aidilfitri ini membawa keberkatan,mengeratkan silaturahim,serta ...
20/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri✨

Maaf Zahir & Batin

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan,
mengeratkan silaturahim,
serta menyemarakkan semangat persaudaraan
dalam jiwa kita semua.

PERSATUAN SENI SILAT PENCAK TANGKAS

19/01/2026

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Lensa pada hujung minggu yang lepas(hari Sabtu) AF Ustaz Amirul Hakim membawa tiga pesilat PSSPT dari gelanggang beliau ...
14/10/2025

Lensa pada hujung minggu yang lepas(hari Sabtu) AF Ustaz Amirul Hakim membawa tiga pesilat PSSPT dari gelanggang beliau untuk membantu menjadi urusetia sepanjang program/pertandingan Silat yang diadakan di Batang Kali.

30/09/2025

Bila orang lama bertambah usia,

Ada yang tidur menyorok bisa,

Menggantung baju atas jendela,

Menutup rapat kitab lama,

Dibiar karat keris pusaka,

Namun jangan ada yang ingin mencuba,

Takut nanti tidur tak lena,

Tak senang duduk bersimpuh sila,

Hiduplah beradab berbudi bahasa,

Nescaya kau selamat dari bahaya.

Alhamdulillah selesai pagi tadi memenuhi jemputan membuat persembahan demo silat di program "Niaga Fest" di SMK Bukit Se...
27/09/2025

Alhamdulillah selesai pagi tadi memenuhi jemputan membuat persembahan demo silat di program "Niaga Fest" di SMK Bukit Sentosa.

Alhamdulillah selesai pagi tadi, memenuhi jemputan persembahan silat di majlis resepsi perkahwinan.
21/09/2025

Alhamdulillah selesai pagi tadi, memenuhi jemputan persembahan silat di majlis resepsi perkahwinan.

Pencak Tangkas 💪
17/09/2025

Pencak Tangkas 💪

Pendekar beriman sentiasa tenang,Jaga agama pasti berjaya,"Pencak Tangkas" benteng juang,Gunakan ia untuk yang mulia.
16/09/2025

Pendekar beriman sentiasa tenang,
Jaga agama pasti berjaya,
"Pencak Tangkas" benteng juang,
Gunakan ia untuk yang mulia.

Nak kenal orang tu berisi langkahnya menunduk merendah diritak pandai mengampu mengangkat dirimenjunjung adab hidup berb...
28/08/2025

Nak kenal orang tu berisi langkahnya menunduk merendah diri

tak pandai mengampu mengangkat diri

menjunjung adab hidup berbudi

Nak kenal orang tu kosong tidak berguna

langkahnya sombong mendabik dada

bila berkata lidah berdusta

adabnya hilang entah ke mana

mengangkat diri melihat dia paling sempurna.

(Gambar sebagai hiasan)

Tuan2 & puan2 juga boleh follow kami di platform Tik tok ya, admin lebih aktif post di sana.
19/08/2025

Tuan2 & puan2 juga boleh follow kami di platform Tik tok ya, admin lebih aktif post di sana.

19/08/2025

_*PENDAFTARAN KEJOHANAN PEMBANGUNAN SILAT SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU SELANGOR 2025*_

Tarikh: *5-7 September 2025*
Masa: *9.00 PAGI 11.00 MALAM*
Tempat: *DEWAN BADMINTON BUKIT BERUNTUNG CLUB GOLF & COUNTRY RESORT*

(Tujuan Google form ini sebagai pendaftran dan bilangan peserta serta borang kbnaran : https://forms.gle/xQGJPPX8TebYqwgu8

Borang - borang penyertaan boleh dapatkan di link : https://drive.google.com/drive/u/0/folders/13oCQDcc6u3H4UWcsqDx9clp_V5_YjRV_?q=after:2025-07-14%20parent:13oCQDcc6u3H4UWcsqDx9clp_V5_YjRV_%20type:pdf

Tarikh link ditutup pada *22 Ogos 2025*

Untuk Butiran Pembayaran:
*AGRO BANK MALAYSIA*
*1005481000069959*
*(PERSATUAN PESAKA DAERAH HULU SELANGOR)*

Bukti resit pembayaran boleh dihantar kepada Bendahari Pesaka Husel di Whatapps @0126982490 sebagai pengesahan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Puan Anna @0134769754
En Izzuddeen @⁨0193425788

Terima kasih...

16/08/2025

Adab yang paling utama bila datang belajar dengan guru silat yang baru ialah merendahkan hati walaupun kita telah banyak mempelajari silat & beladiri lain.

"Jadilah seperti cawan yang kosong agar kita boleh diisi dengan air yg baru"

Falsafah “cawan yang kosong” itu bermaksud kita tinggalkan sekejap segala ilmu, pengalaman, atau ego yang kita ada, lalu membuka ruang untuk menerima apa yang guru ingin sampaikan.

Kalau kita datang dengan “cawan yang penuh” – iaitu dengan terlalu yakin bahawa ilmu yang kita bawa sudah cukup – maka apa sahaja yang guru ajarkan akan mudah kita banding-bandingkan atau tolak, akhirnya kita tidak mendapat manfaat sebenar daripada perguruan itu.

Walaupun seseorang sudah mempelajari banyak aliran silat atau beladiri lain, tetap perlu:

* Beri hormat kepada guru – jangan menyanggah di hadapan murid lain.

* Fokus pada kaedah perguruan itu tanpa sibuk menilai persamaan dan perbezaan.

* Semat & simpan ilmu – kerana setiap silat ada rahsia, falsafah dan sistem tersendiri.

* Ikhlas mencari ilmu – bukan untuk membanding, tetapi untuk melengkapi diri.

Dalam kata lain, bila bersama guru baru: kosongkan cawan, belajar dengan tawadhu’, nanti bila kita datang belajar, barulah kita boleh isi semula dengan adunan ilmu yang lebih banyak.

Address

Pusat Perniagaan Adenium Bukit Beruntung
Rawang
48300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60123188116

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seni Silat Pencak Tangkas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share