PAIP Raub FC

PAIP Raub FC Page rasmi Pasukan Bola Sepak PAIP Raub. Pemain terdiri daripada Kakitangan PAIP Berhad Daerah Raub

Alirkan Perjuanganmu!!!!
26/06/2026

Alirkan Perjuanganmu!!!!

๐Ÿ“… Jadual Perlawanan | Pusingan Pertama โšฝ

Perjuangan bermula!
Inilah jadual perlawanan PAIP FC bagi Pusingan Pertama Liga Pahang 1st.

PAIP FC! Mara !

Marhaban Ya Ramadan ๐ŸŒ™Bulan yang dinanti kini kembali, membawa sinar keampunan dan keberkatan.Semoga setiap amal diterima...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadan ๐ŸŒ™

Bulan yang dinanti kini kembali, membawa sinar keampunan dan keberkatan.

Semoga setiap amal diterima, setiap doa dimakbulkan, dan hati kita dipenuhi ketenangan.

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua.

KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI PAIP RAUB





PRFC Juara Grand Final Azra Cup Alhamdulillah, tahniah PRFC!!! Diharapkan kejayaan hari ini menjadi pembakar semangat ut...
14/02/2026

PRFC Juara Grand Final Azra Cup

Alhamdulillah, tahniah PRFC!!!
Diharapkan kejayaan hari ini menjadi pembakar semangat utk kejohanan seterusnya.

Tahniah kpd Tuan Azra, Pengerusi Persatuan Bolasepak Daerah Raub atas penganjuran kejohanan ini.

Terima kasih kepada pemain, barisan pengurusan serta penyokong PRFC.



Tahniah PAIP Jerantut Rovers Ini kalilah.... ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐ŸผAlhamdulillah....
13/12/2025

Tahniah PAIP Jerantut Rovers
Ini kalilah.... ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ๐Ÿ‘๐Ÿผ
Alhamdulillah....

๐Ÿ”ฅLE CHAMPION๐Ÿ”ฅ
PAIP Jerantut Rovers muncul Juara Liga Emas Jerantut 2025.
Perlawanan Akhir yg cukup sengit dimana kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa sebenar perlawanan. Penjaga gol PJR, Leher, menjadi hero pasukan selepas menyelamatkan beberapa sepakan penalti pihak lawan.
TAHNIAH PJR FC!
DARI RODONG UNTUK RODONG.

Alhamdulillah....PAIP FC 2025 merangkul gelaran juara bola sepak SBAM 2025.
23/08/2025

Alhamdulillah....PAIP FC 2025 merangkul gelaran juara bola sepak SBAM 2025.

๐ŸŽ‰โšฝ JUARA BOLA SEPAK SBAM 2025 MILIK PAIP FC! ๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ

Alhamdulillah, satu pencapaian membanggakan apabila PAIP FC menamatkan kempen bola sepak SBAM 2025 dengan penuh bergaya, menewaskan AKSB dengan keputusan 4๏ธโƒฃ - 0๏ธโƒฃ di pentas final.

Perlawanan akhir ini menyaksikan semangat juang yang tinggi daripada setiap pemain, tersusun dalam bertahan dan tajam di hadapan gol. Gol-gol yang dihasilkan menjadi bukti kerja keras sepanjang kejohanan, hasil latihan, disiplin dan kerjasama sepasukan. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, pegawai dan penyokong PAIP FC yang tidak jemu memberi dorongan sejak dari perlawanan awal hingga ke pentas final. Inilah hasil semangat kebersamaan dan kesungguhan! ๐Ÿ’›๐Ÿ’™

Penghargaan juga kepada CEO PAIP Berhad, Dato' Saiful Zaini bin Mohd Bokhari, CDM Kontijen PAIP Bhd, Encik Noor Izwan bin Bahudin serta pengurus-pengurus daerah yang hadir ke perlawanan akhir ini.

Moga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk kejohanan akan datang. ๐Ÿ”ฅ

Selamat Menyambut Awal Muharram 1447H.Tahun baru Hijrah tiba membawa seribu satu harapan.Semoga lembaran baru ini menjad...
26/06/2025

Selamat Menyambut Awal Muharram 1447H.
Tahun baru Hijrah tiba membawa seribu satu harapan.

Semoga lembaran baru ini menjadi titik tolak untuk kita lebih dekat kepada-Nya, lebih tenang dalam ujian, dan lebih ikhlas dalam amal.

Mari kita hijrahkan hati, akhlak dan amalan ke arah yang lebih baik.

โœจ "Sesungguhnya orang-orang yang berhijrah kerana Allah, mereka akan mendapat rahmat-Nya."

(Surah Al-Baqarah: 218)





"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain...
06/06/2025

"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban).

Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi.

Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).โ€

[Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]

Selamat Hari Raya Aidiladha

Dengan ingatan tulis ikhlas,

PAIP RAUB FC.





23/05/2025

Address

Raub
27600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAIP Raub FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PAIP Raub FC:

Shortcuts

Share

Category