Pertubuhan Seni Gayung Fatani Putrajaya

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Putrajaya Aliran Silat Melayu Tradisi Semenanjung Tanah Melayu & yg serumpun sebenih dengannya. Latihan Muzik

Irama dan lagu,Mengisi ruang waktu,Berdendang mewarisi lagu,Menyambung warisan bangsaku,Agar kekal hidup di kalbu,Dari d...
19/09/2026

Irama dan lagu,
Mengisi ruang waktu,
Berdendang mewarisi lagu,
Menyambung warisan bangsaku,
Agar kekal hidup di kalbu,
Dari dahulu hingga ke anak cucu.

Gelanggang Seni Gayung Fatani Felda Ijok bersama Gelanggang Seni Gayung Fatani Sungai Ara Batu Kurau.

‏ ‏بَارَكَ اللهُ فِيْكُم
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI



https://vt.tiktok.com/ZSqn9kso2/

🔥 PSGFM ON FIRE! 🔥LIMITED EDITION >>> BUKAN SWEATER BIASA!💙 Bangga pakai.🥋 Semangat pasukan.🔥 Gaya PSGFM yang lain darip...
18/09/2026

🔥 PSGFM ON FIRE! 🔥
LIMITED EDITION >>> BUKAN SWEATER BIASA!

💙 Bangga pakai.
🥋 Semangat pasukan.
🔥 Gaya PSGFM yang lain daripada yang lain!

🚨 RM70 SAHAJA!
📦 Postage +RM8 SAHAJA!
⚡ STOK TERHAD >>> SIAPA CEPAT, DIA DAPAT!

Nak sarung sweater PSGFM? Jangan tunggu sampai habis stok! 😎🔥

📲 TEMPAHAN / PERTANYAAN:
Cikgu Hafzril
☎️ +60 10-550 3665

👉 PM/WhatsApp sekarang untuk tempahan!
PSGFM ON FIRE! 🔥💙🥋

فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI


https://vt.tiktok.com/ZSqtB8LeJ/

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُWahai pesilat PSGFM…Masuklah ke gelanggang dengan semangat...
18/09/2026

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

Wahai pesilat PSGFM…

Masuklah ke gelanggang dengan semangat yang menyala,
mental yang tidak goyah,
fokus yang tajam,
usaha yang bersungguh.

Medal itu sasaran,
tetapi jiwa yang ditempa itulah bekalan.

Jangan takut kalah.
Jangan mabuk menang.
Bertarunglah dengan adab,
berjuanglah dengan maruah.

Selebihnya, serahkan kepada Allah.

Usaha. Doa. Tawakkal.

Kerana setiap keringat yang jatuh di gelanggang,
akan menjadi saksi
bahawa kalian pernah berjuang
untuk sebuah impian.

Teruskan langkah, wahai anak-anak PSGFM.
Bawa nama guru.
Bawa maruah perguruan.
Bawa panji warisan.

Menang dengan rendah hati,
kalah dengan jiwa yang tetap teguh.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ،
وَ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ،
فِي الْعٰلَمِيْن إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Semoga Allah mengiringi setiap langkah kalian.

‏ ‏بَارَكَ اللهُ فِيْكُم
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI



https://vt.tiktok.com/ZSqsw6S1b/

17/09/2026

Gurau senda bersama…

‏ ‏بَارَكَ اللهُ فِيْكُم
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI



https://vt.tiktok.com/ZSqprtmb4/

17/09/2026

SILATURRAHMI MEMPERKASA WARISAN SENI

Alhamdulillah, sebuah pertemuan yang menyambung tali silaturrahmi dan mempererat ukhuwah dalam dunia persilatan.

Tuan Pengerusi PSGFM, Cikgu Mizan bersama Cikgu Shahirman dan pasukan muzik silatnya serta Cikgu Amirul mewakili PSGFM dan dijemput oleh Guru Utama Persatuan Seni Silat Warisan Belebat To’ Perpat, Cikgu Haji Jaafar Ali, bagi memeriahkan Majlis Pemasyhuran Bengkung Jurulatih dan Pesilat persatuan tersebut.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan PESAKA Malaysia, Tuan Fakhrul Azman bin Abu Bakar, merangkap Pengerusi Biro 1 Sekolah 1 Silat PESAKA Malaysia serta Timbalan Presiden PESAKA Terengganu.

Turut hadir tetamu undangan khas dari tanah seberang, Cikgu Anggie Regiesta dari Pencak Silat Panglipur Puseur Bumi, serta wakil PESAKA Daerah dan persatuan-persatuan silat.

Pertemuan ini bukan sekadar bertandang dan bersalaman, tetapi menyatukan ilmu, seni, budaya dan warisan dalam satu wadah persilatan.

Halatuju kita jelas dalam memperkasa seni silat di Malaysia dan Indonesia untuk menyambung warisan para pendekar, serta mengangkat silat sebagai salah satu tunjang penting budaya bangsa.

Berbeza gelanggang, satu warisan.
Berbeza negara, satu rumpun.
Bersilat pada gerak, bersatu pada jiwa.

Silat diwarisi, seni dihormati, budaya dipelihara.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI



https://vt.tiktok.com/ZSqgsc9Cx/

LILIN SEORANG GURUاَلْحَمْدُ لِلّٰهِ… segala puji bagi Allah.Cikgu Roslan Salam…Insan yang tidak pernah jemu hadir memba...
17/09/2026

LILIN SEORANG GURU

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ… segala puji bagi Allah.

Cikgu Roslan Salam…

Insan yang tidak pernah jemu hadir membawa ilmu, nasihat dan pedoman; menyuluh jalan anak-anak murid dalam keilmuan persilatan, adab perguruan serta pengurusan bahtera PSGFM.

Ilmunya bukan sekadar pada kata,
tetapi terpancar pada sabar mendidik,
lembut menyantuni murid,
dan teguh memelihara amanah perguruan.

Kasihnya kepada murid bukan pada pujian,
tetapi pada teguran yang membina.
Sayangnya kepada PSGFM bukan pada nama,
tetapi pada kesungguhan menjaga warisan dan masa depannya.

Dalam melayari kehidupan ini,
ambillah ibrah daripada Guru Utama PSGFM,
jalan terus… jangan berpaling.
Selagi niat kerana Allah,
selagi ilmu diwariskan dengan amanah,
إِنْ شَاءَ الله تَعٰلى بِقُدْرَتِهِ

perjalanan akan dipandu-Nya.

Guru itu lilin;
membakar diri, agar anak murid menemukan cahaya.

اللّٰهُمَّ بَارِكْ فِي عِلْمِهِ وَعَمَلِهِ، وَاجْعَلْهُ سَبَبًا لِخَيْرٍ كَثِيرٍ

Semoga Allah memberkati ilmu dan amalnya, serta menjadikannya sebab kepada kebaikan yang banyak.

Jalan terus…
demi ilmu, murid dan warisan PSGFM.
إِنْ شَاءَ الله تَعٰلى بِقُدْرَتِهِ

‏سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم ‏أَسْتَغْفِرُ الله
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI



https://vt.tiktok.com/ZSqgRVPGP/

16/09/2026

‎اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ الَّذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

Alhamdulillah wa syukurillah
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad Rasulullah ﷺ.

Iringan selawat dan doa buat Pasukan PSGFM ke Kejuaraan Silat Bakat Kebangsaan 2026.

“MU BUAT MOLEK²…!”

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ،
وَ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ،
فِي الْعٰلَمِيْن إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

‏ ‏بَارَكَ اللهُ فِيْكُم
❤️
فطاني نوسا بقتي 🇲🇾 FATANI NUSA BAKTI



https://vt.tiktok.com/ZSqqeeWC8/

Address

Presint 11
Putrajaya
62300

Telephone

+60129707071

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Seni Gayung Fatani Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pertubuhan Seni Gayung Fatani Putrajaya:

Shortcuts

Share