Skuasy Majlis Sukan Sekolah Malaysia

Skuasy Majlis Sukan Sekolah Malaysia Page rasmi Sukan Skuasy di bawah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Sukan Skuasy telah dimasukkan dalam kalender MSSM pada 2000.

MSSM sejak tahun 1958 telah dijenamakan semula di bawah Warta Kerajaan (Peraturan Pendidikan MSSM 2009).

24/02/2026

PERMOHONAN AKAN DIBUKA!

Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 Contract of Service (CoS).

Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa graduan (Bukan Pendidikan) yang berkelayakan untuk memohon sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 (CoS) di Sekolah Rendah.

🗓 Tarikh permohonan akan di buka pada:

02 Mac 2026 – 20 Mac 2026

🌐 Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26 atau Imbas QR Code untuk maklumat lanjut.

📌 Syarat Utama:
• Warganegara Malaysia
• Kepujian Bahasa Melayu SPM/SVM
• Graduan bukan bidang pendidikan

📌 Makluman Penting:
• Hanya calon layak akan dipanggil UKCG & temu duga.
• Calon berjaya WAJIB mengikuti latihan perguruan di IPG (pembiayaan sendiri) dalam tempoh kontrak.

Pendidikan tanggungjawab bersama. Rebut peluang, cipta perubahan.

Tahun Ini, Tahun Kita






15/02/2026
PELAKSANAAN KURSUS SAINS SUKAN 2026
06/01/2026

PELAKSANAAN KURSUS SAINS SUKAN 2026

Fighting Team MAS💪🏻💪🏻💪🏻Love All ❤️❤️❤️
12/12/2025

Fighting Team MAS💪🏻💪🏻💪🏻

Love All ❤️❤️❤️

Bangkok, we’re coming!

Sending all our support to our athletes.
bring home the gold! 🥇🥇🥇🥇


24/09/2025

Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah bersidang buat kali ketiga tahun ini bagi membincangkan perkhidmatan sokongan yang diberikan kepada atlet di bawah program tersebut.

Mesyuarat ini membincangkan beberapa perkara, iaitu:
1. Laporan terkini daripada Persatuan Sukan Kebangsaan mengenai status atlet;
2. Perkembangan semasa perkhidmatan sokongan RTG; dan
3. Kajian terhadap semua permohonan tambahan yang dikemukakan oleh atlet dan/atau persatuan.

PERKHIDMATAN SOKONGAN & PENCAPAIAN ATLET BADMINTON (BAM)
• RTG meneruskan sokongan kepada atlet dalam program melalui perkhidmatan tambahan termasuk pembiayaan untuk sains sukan dan peralatan pemulihan.
• RTG telah meluluskan pembiayaan tambahan untuk rawatan kiropraktor bagi Pearly Tan.
• RTG juga meluluskan pembiayaan berterusan untuk rawatan pra-pemulihan Toh Ee Wei.
• Kontinjen badminton negara menunjukkan perkembangan konsisten sepanjang tahun:

Aaron Chia & Soh Wooi Yik
• Mencapai ranking tertinggi karier sebagai pasangan beregu lelaki No.2 dunia, naik empat anak tangga daripada kedudukan keenam pada Mac 2025.
• Menjuarai tiga kejohanan tahun ini: Kejohanan Badminton Asia (pingat emas), Thailand Open (Super 500) dan Singapore Open (Super 750).
• Naib juara di Malaysia Masters (Super 500) dan China Open (Super 1000).
• Secara keseluruhan, lima kali mara ke final — memenangi tiga gelaran dan dua kali naib johan.
• Pencapaian terbaik karier mereka setakat ini.

Man Wei Chong & Tee Kai Wun
• Menjuarai Indonesia Masters (Super 500) dan Malaysia Masters (Super 500).
• Dua kali mara ke separuh akhir siri Jelajah Dunia BWF.
• Mencapai ranking tertinggi karier sebagai No.6 dunia.

Pearly Tan & Thinaah Muralitharan
• Mencipta sejarah sebagai pasangan beregu wanita Malaysia pertama memenangi pingat perak Kejohanan Dunia di Paris.
• Mencapai ranking tertinggi karier sebagai beregu wanita No.2 dunia.
• Menjuarai Thailand Open (Super 500), naib juara di Indonesia Masters (Super 500), Indonesia Open (Super 1000) dan Japan Open (Super 750).
• Secara keseluruhan, lima kali mara ke final — satu gelaran, empat kali naib juara tahun ini.
• Empat kali mara ke separuh akhir siri Jelajah Dunia BWF.
• Tahun 2025 menjadi pencapaian terbaik karier mereka setakat ini.

Chen Tang Jie & Toh Ee Wei
• Menjadi juara dunia beregu campuran pertama Malaysia selepas menjuarai Kejohanan Dunia walaupun hampir berpisah.
• Naib juara di China Masters (Super 750) serta lima kali mara ke separuh akhir siri Jelajah Dunia BWF tahun ini.
• Mencapai ranking tertinggi karier sebagai beregu campuran No.3 dunia.

PRO
• Semua perkhidmatan sokongan dan peralatan latihan telah disediakan.
• RTG bekerjasama dengan pasukan badminton profesional untuk mencari pangkalan latihan baharu.
• RTG juga meluluskan permohonan tambahan oleh Goh Sze Fei & Nur Izzuddin Rumsani untuk pembiayaan rakan sparring.

Goh Sze Fei & Nur Izzuddin Rumsani
• Kini ranking No.3 dunia, mencapai ranking tertinggi karier sebagai beregu lelaki No.1 dunia pada Mei 2025.
• Memenangi India Open (Super 750) dan naib juara di Japan Open (Super 750) tahun ini.

Goh Soon Huat & Shevon Lai
• Dua kali mara ke separuh akhir (Malaysia Open, India Open).
• Mara ke suku akhir dalam pelbagai kejohanan (Indonesia Masters, All England, Swiss Open, Kejohanan Badminton Asia, Singapore Open, Indonesia Open & Japan Open) tahun ini.
• Kini berada di ranking No.8 dunia, mereka berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok 10 terbaik dunia.

SKUASY
Sivasangari Subramaniam
• RTG meluluskan pembiayaan untuk beliau meneruskan latihan di Prague, Republik Czech.
• RTG sebelum ini meluluskan dana untuk jurulatih Gregory Gaultier menyertainya di kejohanan terpilih, dan kini diluluskan tambahan untuk lebih banyak penyertaan berikutan impak positif.
• Berada dalam kelompok 10 terbaik dunia sejak tahun lalu, kini ranking No.8 dunia, dan pernah mencapai No.7 pada Februari 2025.
• Naib juara di Grasshopper Cup (April 2025), mara ke separuh akhir London Squash Classic (September 2025).

Ng Eain Yow
• RTG meluluskan pembiayaan latihan di United Kingdom serta permohonan tambahan untuk berlatih di Malaysia.
• Naib juara Squash On Fire (April 2025), mara ke separuh akhir London Squash Classic (September 2025).
• Kini ranking No.12 dunia, berusaha menembusi kelompok 10 terbaik semula selepas mencapai ranking No.10 pada Mei 2025, yang menjadi ranking terbaik beliau setakat ini.

BERBASIKAL
Shah Firdaus Sahrom
• Sedang menjalani pemulihan lutut kanan di ISN sejak Mac 2025.
• RTG meluluskan pembiayaan untuk rawatan berterusan di ISN.

Nurul Izzah Izzati
• Memenangi 2 pingat emas, 1 perak dan 1 gangsa di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) Februari 2025.
• Memecah rekod Asia dalam acara 1km Time Trial (1:06.229s) dan rekod kebangsaan bagi 200m flying sprint (10.578s) di UCI Track Nations Cup.
• Kini ranking No.10 dunia, konsisten mengekalkan kedudukan dalam kelompok 10 terbaik.

ANGKAT BERAT
Mohd Aniq Kasdan
• Sedang pulih daripada kecederaan bahu sejak Mei 2025, kini mampu mengangkat sehingga 80% daripada catatan terbaik peribadi (297kg).
• Walaupun cedera, meraih pingat perak (kategori 60kg) di Kejohanan Komanwel di India (Ogos 2025).
• RTG meluluskan pembiayaan rawatan berterusan di ISN serta penempatan Pegawai Suaian Fizikal khusus.

MEMANAH
• Dalam mesyuarat sebelum ini, RTG meluluskan dana untuk perkhidmatan sokongan serta penyertaan tambahan di kejohanan antarabangsa.
• Nurul Azreena Mohamad Fazil – Sedang menjalani fisioterapi akibat kecederaan bahu, dengan perkhidmatan sokongan khusus yang berterusan.
• Walaupun Azreena cedera, pasukan memanah negara berjaya mengekalkan ranking dunia No.12.

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Fasa Dua (2) melibatkan 11 sukan mulai 12 September – 19 September 2025 d...
12/09/2025

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Fasa Dua (2) melibatkan 11 sukan mulai 12 September – 19 September 2025 di sembilan (9) buah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang telah dilantik sebagai pengelola kejohanan. Anggaran penyertaan ialah seramai 8031 orang atlet murid termasuk pegawai kontinjen Majlis Sukan Sekolah Negeri.

Untuk makluman, kejohanan MSSM bagi tahun 2025 akan kembali dilaksanakan seperti format sedia ada yang melibatkan 14 buah negeri yang mempunyai kemudahan prasarana sukan sedia ada untuk mengelola kejohanan 24 sukan yang diwartakan bawah kalendar MSSM

KPM melalui MSSM dengan kerjasama MSS Negeri sentiasa berusaha untuk memastikan penganjuran kejohanan sukan diuruskan dengan kapasiti pengelolaan yang sistematik.

KPM mensasarkan penyertaan seramai 19,248 orang termasuk murid, jurulatih, pengurus dan pegawai kontinjen Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSS Negeri). Kategori yang dipertandingkan merangkumi kumpulan umur bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun.

--

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

22/08/2025

🚨 PERHATIAN JURULATIH 🚨

Kegagalan untuk menyelesaikan Kursus Sukan Selamat akan menyebabkan lesen jurulatih anda tidak dapat diperbaharui atau tidak boleh memohon lesen baru.

✅ Pastikan anda selesaikan Kursus Sukan Selamat (TERAS dan JURULATIH) di laman sesawang AKK sebelum memohon atau memperbaharui lesen kejurulatihan anda.

tekan pautan dibawah untuk ke pautan Kursus Sukan Selamat:
https://coachingacademy.isn.gov.my/programme/course

21/08/2025

Keselamatan dan kesejahteraan atlet adalah keutamaan. Katakan tidak kepada buli, bersama kita wujudkan persekitaran sukan yang positif.

Jangan berdiam diri, laporkan sebarang salah laku buli.




18/08/2025

Address

Sekretariat Majlis Sukan Sekolah Malaysia, Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 7, Blok E13, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1, W
Putrajaya
62604

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skuasy Majlis Sukan Sekolah Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category