05/06/2026
🏹 1 HARI LAGI 🏹
Kontinjen-kontinjen dari seluruh negara sudah mula tiba di Selangor bagi menghadiri sesi pendaftaran, taklimat teknikal serta mesyuarat pengurus pasukan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Memanah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2026.
Setelah melalui proses pemilihan yang bermula di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan seterusnya Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN), kini atlet-atlet terbaik dari 14 negeri bakal berkumpul di satu pentas untuk membawa cabaran negeri masing-masing di kejohanan memanah sekolah paling berprestij di Malaysia.
Di sebalik setiap penyertaan, tersimpan ribuan jam latihan, pengorbanan, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Kini, detik yang dinanti-nantikan semakin hampir.
Selamat datang ke Selangor kepada seluruh atlet, jurulatih, pegawai dan pengurus pasukan.
Semoga segala urusan perjalanan dipermudahkan, persiapan berjalan lancar dan semua kontinjen berada dalam keadaan terbaik menjelang hari pertama pertandingan.
📍 SK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
📅 6 – 12 Jun 2026
MSSM Pemacu Kecemerlangan Sukan