07/12/2025
MAJLIS AKHIR TAHUN & KENAIKAN BENGKUNG PENCAK SILAT TEMPUR BETAWI
Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Akhir Tahun & Kenaikan Bengkung buat seluruh gelanggang Pencak Silat Tempur Betawi di Negeri Selangor pada 6 Disember 2025 di Puncak Alam.
Majlis yang menghimpunkan seluruh ahli keluarga para pesilat dan dihadiri oleh barisan Para Jurulatih Tertinggi PSTBM. Majlis berjalan dengan penuh meriah dengan pemberian bengkung, persembahan silat dan hidangan potluck.
Tahniah kepada pengelola majlis iaitu Cikgu Aizat, Cikgu Hazim & Cikgu Firdaus dari Persatuan Pencak Silat Tempur Betawi Selangor bersama rakan-rakan kolaborasi yang menjayakan majlis ini.
Kepada para pesilat yang menerima bengkung, tahniah diucapkan dan jadikanlah ianya sebagai tanda amanah untuk menjadi insan yang berguna, memberi manfaat kepada orang sekeliling, dan bukan untuk kebanggaan pada diri. Teruslah belajar, merendah diri dan menimba ilmu.
"Semangat Laksamana Digenggam, Jiwa Agama Menjadi Tunjang"