27/06/2026
Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada Pengurus Pasukan Memanah Polis Di Raja Malaysia, DSP Mohd Azri Bin Mat Yussof diatas perlantikan sebagai Naib Presiden II, Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia untuk penggal 2026 - 2029.
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-50 Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia telah berlangsung di Hotel Maluri, Kuala Lumpur pada 27 Jun 2026.
Wakil PDRM iaitu Insp Hammim dan Kpl Shahidallah turut hadir menjayakan mesyuarat kali ini. Semoga dengan pemilihan kali ini, PDRM akan kekal komited dalam membantu membangunkan sukan Memanah di Malaysia.