22/07/2026
22 Julai 2026
Lawatan venue bersama Delegasi AUSC telah diadakan sebagai sebahagian daripada persiapan penganjuran Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUGKL) 2026 yang akan berlangsung pada 9 hingga 19 Disember 2026.
Lawatan ini melibatkan penilaian dan semakan fasiliti bagi beberapa venue pertandingan, iaitu:
Bola Keranjangโ Dewan Persatuan Bola Keranjang Bukit Tinggi
Futsal - Arena Sportizza Shah Alam
Renang - Pusat Akuatik Shah Alam
Bola Jaring, Silat, Catur - Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Badminton, Skuasy, Ping Pong โ Universiti Malaya (UM)
Hospital Perubatan Universiti Malaya
Lawatan ini bertujuan memastikan setiap venue memenuhi keperluan teknikal, logistik dan operasi, di samping menilai tahap kesiapsiagaan fasiliti bagi menjamin kelancaran penganjuran AUGKL 2026