24/08/2024
Termaktub satu kisah perjalanan aku untuk melatih pasukan Sukma Pahang 2024.
22.12.2023 - 27.12.2023 Ke Gong Badak Terengganu
Dijemput hanya untuk menyampaikan tunjuk ajar dalam sukan Boling Padang sepanjang kem latihan “long list” pasukan Sukma Pahang.
16.05.2024 - Dilantik sebagai jurulatih part time untuk pasukan Sukma Boling Padang Sukma Pahang 2024
25.05.2024 - 30.05.2024 - Bermula latihan dengan melakukan pemilihan dari “Long Listed” kepada “Short Listed” pasukan Sukma Pahang 2024. Di Bukit Kiara.
07.06.2024 - 09.06.2024 (Jumaat - Ahad) Di Bukit Kiara
Latihan sebenar Pasukan Boling Padang Sukma Pahang, hanya 8 atlet yang dihantar khas untuk berlatih bersama aku. Atlet yang berlatih bersama aku adalah yang berperanan sebagai “back players” dan “Singles player”. Yang lagi 4 atlet bersama jurulatih pahang Nik berlatih di Kuantan.
05.07.2024 - 07.07.2024 (Jumaat-Ahad)
Aku turun Ke Kuantan kerana padang di Bukit Kiara ada tempahan untuk Games Persatuan Boling Padang Kuala Lumpur. Luluh hati melihat keadaan padang untuk mereka berlatih di Kuantan, inisiatif yang aku cuba lakukan, aku berbincang dengan jurulatih Nik dan pengurusan Pahang, aku meminta izin untuk melatih mereka dua hari tu di atas padang hoki yang bersebelahan dengan padang Lawn Bowls mereka. Alhamdulillah dapat dilaksanakan dengan baik. Kami bersependapat sepanjang latihan mereka di Kuantan diadakan di atas padang hoki tersebut sepanjang menuju ke Sukma sekiranya mereka tidak turun ke Bukit Kiara bersama aku.
12.07.2024 - 14.07.2024 - (Jumaat - Ahad) Di Bukit Kiara
Latihan demi latihan bagi memantapkan kemahiran mereka dalam sukan ini. Alhamdulillah komitmen yang mereka berikan banyak menunjukkan peningkatan sedikit demi sedikit.
2607.07.2024 - 28.07.2024 (Jumaat-Ahad) Di Bukit Kiara
Minggu terakhir 8 atlet Sukma Pahang bersama aku menjalani latihan, sebelum kem sepenuhnya minggu hadapan bersama semua atlet akan diturunkan bersama aku di Bukit Kiara. Semangat yang mereka tunjukkan amat memberangsangkan.
Ogos- 4-9 ogos (Ahad - Jumaat)
Kem fasa akhir sebelum ke Sukma Sarawak. Kesemua atlet bersama jurulatih Nik turun ke Bukit Kiara. Semangat membara yang ditunjukkan oleh mereka amat menyentuh hati aku walaupun banyak dugaan dan cabaran yang mereka tempuhi. Latihan-latihan yang diberikan mereka ikut dengan baik. Beberapa perlawanan persahabatan dijalani dengan baik, terima kasih pasukan UZIGOLD dan Team PDRM kerana memberikan kerjasama yang baik dan tunjuk ajar kepada mereka disepanjang perlawanan persahabatan tersebut. Walaupun kekurangan pengalaman yang dalam banyak kejohanan, mereka tetap mencuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik.
10.08.2024 - Berangkat ke Kuching Sarawak.
11.08.2024 - Berada di Unimas, Games Village untuk Sukma Sarawak. Petang kami pergi ke Arena Lawn Bowls Kuching Sarawak untuk membuat latihan. Alhamdulillah mendapat keizinan pihak urusetia disana melakukan latihan walaupun sekejap.
12.08.2024 - Latihan rasmi semua pasukan negeri “try green”. Mengikut jadual yang diberikan.
13.08.2024 - 23.08.2024 Kejohanan bermula.
Acara pertama :-
Singles Wanita dan Fours Wanita
Pairs Lelaki dan Triples Lelaki
Acara ketiga :-
Mix Pairs
Acara keempat :-
Singles Lelaki dan Fours Lelaki
Pairs Wanita dan Triples Wanita
Keputusan Pasukan Sukma Pahang 2024
Singles Wanita - Berjaya hingga Play Off semi final
Fours Wanita - Pingat PERAK 🥈
Pairs Lelaki - Berjaya hingga Play off semi final
Triples Lelaki - Berjaya hingga Play off semi final
Mix Pairs - Berjaya hingga Play off semi final
Singles Lelaki - No. 5 dalam group
Fours Lelaki - Berjaya hingga Play off semi final
Pairs Wanita - No. 5 dalam group
Triples Wanita - No. 7 dalam group
Aku sangat berbangga dengan pencapaian yang anak didik aku lalui sepanjang bersama-sama aku sepanjang dua bulan. Banyak cabaran yang kita lalui di Sukma ini (kita simpan bersama) namun kamu semua telah menunjukkan semangat dan sikap yang sangat baik. Berbaloi rasanya mengajar kamu semua, komitmen yang diberikan sepanjang latihan dan kejohanan amat baik. Menang dan kalah itu adat bertanding, pengalaman yang baik dalam kejohanan ini akan memberikan impak yang besar untuk kamu semua berjaya di masa hadapan.
Insya Allah, semoga ada sinar untuk pasukan Lawn Bowls Pahang di masa hadapan. Aku ikhlaskan semua yang aku ajarkan kepada mereka walaupun hanya sekejap.
Terima kasih Majlis Sukan Negeri pahang, Persatuan Boling Padang Pahang, Pok Cheq, Coach Nik, Manager Sukma En. Fakhrul, Amir dan Coach Zuraidi.
Terima kasih juga pada majikan aku Majlis Bandaraya Diraja Klang kerana memberi sokongan terutamanya Bos Jabatan aku En. Azhar kerana meluluskan cuti aku. Terima kasih juga pada persatuan Boling Padang Selangor. Terima kasih juga pada teman baik aku Khalilah dan keluarga aku dan semua yang memberikan sokongan pada aku dalam sukan ini.
Ucapan tahniah pada pasukan negeri2 lain yang berjaya yang tidak berjaya masih ada masa lagi untuk berjaya di masa akan datang. Insya Allah
Majulah sukan Lawn Bowls untuk Malaysia.