24/05/2026
⚠️ RUGBY IS NOT A DANGEROUS SPORT ⚠️
✅ Dengan syarat semua pemain menjaga tahap kesihatan, kecergasan dan disiplin keselamatan.
⚠️ PERINGATAN KESIHATAN & KESELAMATAN PEMAIN ⚠️
Berikutan beberapa insiden kesihatan serius melibatkan pemain ragbi di utara tanah air baru-baru ini, Persatuan Ragbi Putrajaya ingin mengingatkan semua pemain, pegawai dan ahli gabungan, sekolah dan akademi supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menjalani latihan atau perlawanan.
Kesihatan dan keselamatan pemain adalah keutamaan utama.
📌 PERINGATAN UNTUK SEMUA PEMAIN:
• Pemain perlu berada pada tahap kecergasan 100% dan menjalani latihan yang betul sebelum bermain.
• Tiada kompromi untuk pemain yang cedera atau kurang sihat turun bermain.
• Jika pemain merasa sesuatu yang tidak normal pada badan terutama sakit dada, sila maklumkan segera kepada pihak pengurusan pasukan atau pegawai perubatan.
Mana-mana pemain yang mempunyai sejarah:
• Stroke haba (heat stroke)
• Masalah jantung / cardio
• Mini stroke
• Sesak nafas atau penyakit berkaitan kesihatan serius
adalah DIMINTA untuk membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan WAJIB memaklumkan kepada pihak pengurusan atau pegawai perubatan pasukan sebelum menyertai latihan atau perlawanan.
Jangan sesekali menyembunyikan keadaan kesihatan diri demi keselamatan bersama.
Dalam kegembiraan dan semangat bersukan, jangan abaikan aspek keselamatan dan kesihatan.
“Mencegah lebih baik daripada mengubati.”
Semoga semua pemain sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan.