14/11/2021
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
Dato'/Datin/Dr./Tuan/Puan,
*JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PERTANDINGAN PSSMOA SECARA DALAM TALIAN 2021*
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa JPN Kelantan telah dilantik sebagai pengelola Pertandingan PSSMOA secara dalam talian 2021.
2. Oleh yang demikian, dipersilakan Tuan/Puan untuk bersama-sama menyaksikan majlis perasmian pertandingan tersebut yang akan disempurnakan oleh En. Zulkernai bin Fauzi Pengarah , JPN Kelantan seperti ketetapan di bawah:
*TARIKH :* 15 November 2021(Isnin)
*MASA :* 11.00 pagi
*PAUTAN :* https://youtu.be/-K07d2WfD_g
3. Segala kerjasama dan keprihatinan Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,
*"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"*
*"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"*
*UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (SUKAN)*
*SEKTOR PEMBANGUNAN MURID*
*JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN*
PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN E-CABARAN BOLA BALING BAGI PEDALAMAN SABAH, PRIBUMI SARAWAK DAN MURID ORANG ASLI 2021