26/02/2026
Kerajaan Sarawak melaksanakan Program Bas Sekolah Percuma sebagai projek perintis bagi mengurangkan kesesakan trafik waktu puncak di kawasan sekolah.
Menurut Premier Sarawak Abang Abdul Rahman Zohari, statistik dan sistem pengesanan menunjukkan penurunan jumlah kenderaan di laluan berkenaan selepas bas sekolah percuma diperkenalkan. Bas pintar ini turut dilengkapi sistem penjejakan, komunikasi ibu bapa–pelajar, serta meningkatkan keselamatan dan menjimatkan kos ibu bapa
Bagaimana Sabah Boleh Contohi Sarawak
👉Laksanakan projek perintis bas sekolah percuma. Mulakan di sekolah “hotspot trafik” di Kota Kinabalu, Penampang dan Sandakan.
👉Kerajaan negeri tanggung kos asas
Fokus kepada kos bas dan operasi, bukan dibebankan kepada ibu bapa.
👉Libatkan PIBG dan komuniti setempat
Tentukan lokasi naik turun pelajar yang sesuai tanpa mengganggu aliran trafik.
👉Gunakan data trafik untuk penilaian
Pantau penurunan kenderaan seperti yang dibuat di Sarawak sebelum diperluaskan ke daerah lain.
-Editor ILLS