Ritma Table Tennis Club - RTTC

Ritma Table Tennis Club - RTTC RTTC is a club registered with Pesuruhjaya Sukan Malaysia, with registration number: C-SGR-16757.

Alhamdulillah, Pertandingan Bola Hijrah anjuran bersama Surau Ritma Perdana dan Ritma Table Tennis Club - RTTC  telah be...
17/06/2026

Alhamdulillah, Pertandingan Bola Hijrah anjuran bersama Surau Ritma Perdana dan Ritma Table Tennis Club - RTTC telah berlangsung dengan jayanya.

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini. Kehadiran, semangat kes**anan, komitmen dan sokongan yang diberikan telah memeriahkan serta menyumbang kepada kejayaan program ini.

Tahniah kepada para pemenang atas pencapaian yang membanggakan, dan syabas kepada semua peserta yang telah memberikan saingan terbaik. Semoga ukhuwah yang terjalin serta semangat s**an yang dipupuk melalui program ini terus berkekalan.

Terima kasih atas sokongan anda. Semoga kita berjumpa lagi untuk program berikutnya.

**anan πŸ“πŸ†βœ¨

πŸŽ‰ CABARAN BOLA HIJRAH 1448H πŸŽ‰Sempena sambutan Awal Muharram, Surau Ritma Perdana dengan kerjasama Ritma Table Tennis Clu...
15/06/2026

πŸŽ‰ CABARAN BOLA HIJRAH 1448H πŸŽ‰

Sempena sambutan Awal Muharram, Surau Ritma Perdana dengan kerjasama Ritma Table Tennis Club - RTTC menjemput semua anak kariah untuk menyertai Cabaran Bola Hijrah, sebuah permainan yang menguji fokus, kesabaran dan kemahiran peserta!

πŸ“ Cabaran Bola HijrahπŸ“

Uji kemahiran anda dalam perlawanan ping pong dengan bet tanpa getah. Siapa yang paling bijak mengawal rentak permainan akan muncul sebagai pemenang!

πŸ“… Tarikh: 17 Jun 2026
πŸ•˜ Masa: 9.30 Pagi - sebelum zohor
πŸ“ Tempat: Surau Ritma Perdana
πŸ“Œ Peserta: Penduduk Ritma Perdana sahaja

Kategori Pertandingan

πŸ‘¦πŸ‘§ Kanak-kanak: 9 tahun hingga 14 tahun
πŸ§‘πŸ‘© Remaja & Dewasa: 15 tahun ke atas

🎁 Hadiah piala berserta hamper untuk no. 1, 2 & 3.

πŸ“Œ Penyertaan adalah percuma.

Jom meriahkan sambutan Awal Muharram bersama keluarga dan sahabat di Surau Ritma Perdana.

Sertai cabaran ini dan buktikan siapa yang paling cekap mengendalikan Bola Hijrah!

Hijrah Membina Ummah, Bersama Kita Meriahkan Muharram.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

πŸ“ž En. Sidek

https://wa.me/60175217415?text=pertandingan%20bola%20hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Ritma Table Tennis Club - RTTC Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke...
15/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga Ritma Table Tennis Club - RTTC

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli RTTC yang sentiasa memberikan komitmen, sokongan dan semangat dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Kehadiran serta kerjasama anda semua adalah kekuatan utama kelab ini.

Untuk makluman, minggu ini RTTC akan berehat seketika dari game s**a suki bagi memberi laluan kepada program Family Day 2026.

Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan oleh ahli untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan insan tersayang.

Insya-Allah, kita akan kembali meneruskan aktiviti di meja ping pong seperti biasa pada minggu hadapan dengan semangat yang lebih segar.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda semua.

Selamat bercuti dan selamat ber-Family Day! ❀️

πŸ“βœ¨ ALHAMDULILLAH, KEJOHANAN MASTER KAYU RTTC 1.0 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA! βœ¨πŸ“Terima kasih kepada semua peserta yang tel...
14/06/2026

πŸ“βœ¨ ALHAMDULILLAH, KEJOHANAN MASTER KAYU RTTC 1.0 TELAH MELABUHKAN TIRAINYA! βœ¨πŸ“

Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir, berjuang dan memeriahkan Kejohanan Master Kayu RTTC 1.0. Anda semua adalah sebab kejohanan ini berlangsung dengan penuh semangat, persahabatan dan aksi yang hebat! πŸ’ͺπŸ”₯

Tahniah kepada para pemenang yang berjaya menaiki podium πŸ†, dan syabas kepada semua peserta yang telah memberikan saingan terbaik sehingga ke mata terakhir. Menang atau kalah, anda semua adalah juara kerana berani menyahut cabaran! πŸ‘

Jutaan terima kasih juga kepada semua AJK, pengadil, penaja, penyumbang serta individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Tanpa anda, kejohanan ini tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar. ❀️

Kami berharap ukhwah dan persahabatan yang terjalin melalui s**an ping pong ini akan terus berkekalan dan berkembang dari semasa ke semasa.

πŸ“Έ Kongsikan gambar atau momen kegemaran anda sepanjang kejohanan di ruangan komen!

πŸ‘‡ Kami nak tahu:

πŸ‘‰ Perlawanan manakah yang paling anda ingati?

πŸ‘‰ Siapakah lawan paling mencabar yang anda hadapi?

Jangan lupa tag rakan-rakan yang turut serta dalam kejohanan ini! πŸ“

Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dalam KEJOHANAN DOUBLE MASTER KAYU RTTC yang lebih meriah, lebih kompetitif dan lebih hebat hujung tahun ini! πŸš€

πŸ“πŸ†

Setelah dikira oleh penganjur, bola yang pecah adalah sebanyak 15 biji.Tahniah saudara Ahmad Sidek atas tekaan anda yang...
13/06/2026

Setelah dikira oleh penganjur, bola yang pecah adalah sebanyak 15 biji.

Tahniah saudara Ahmad Sidek atas tekaan anda yang sangat tepat.

Sila berjumpa dengan dato presiden Nor Asyrul untuk mendapatkan wang saguhati dah satu side tape bet ping pong.

Tahniah!

Ada 13 tekaan. Petang ini akan diumumkan berapa biji bola yang pecah hasil dari game Master Kayu RTTC 1.0.
13/06/2026

Ada 13 tekaan. Petang ini akan diumumkan berapa biji bola yang pecah hasil dari game Master Kayu RTTC 1.0.

12/06/2026

πŸŽ‰ PERTANDINGAN MENEKA BILANGAN BOLA PING PONG PECAHπŸŽ‰

Adakah anda dapat meneka dengan tepat berapa biji bola ping pong yang bakal dipecahkan sepanjang game master kayu esok? πŸ€”

πŸ“Œ Cara Penyertaan:

1. Follow page RTTC & share posting ini.
2. Komen jumlah tekaan anda.
3. Kongsi (share) posting ini secara umum (public).

πŸ† Hadiah: Wang saguhati dan side tape.

πŸ“… Tarikh Tutup: 10 Pagi 13 Jun (sejam selepas game bermula)

πŸ“‹ Syarat & Peraturan:

1. Setiap peserta hanya dibenarkan 1 tekaan sahaja.
2. Penyertaan selepas waktu tutup tidak akan diterima.
3. Pemenang akan dipilih berdasarkan tekaan yang tepat atau paling hampir dengan jumlah sebenar.
4. Jika terdapat lebih daripada seorang pemenang dengan tekaan yang sama, cabutan bertuah akan dilakukan untuk menentukan pemenang.
5. Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
6. Penganjur berhak mengubah syarat pertandingan atau membatalkan pertandingan jika perlu.

✨ Jom sertai sekarang dan uji tekaan anda!

Semoga berjaya! πŸ€πŸŽ

11/06/2026
RTTC amat menghargai sumbangan bayaran walk-in dari pemain yang bukan ahli.Duit yang disalurkan terus ke akaun kelab kam...
09/06/2026

RTTC amat menghargai sumbangan bayaran walk-in dari pemain yang bukan ahli.

Duit yang disalurkan terus ke akaun kelab kami akan digunakan untuk pembangunan kelab seperti membeli bola baru, membeli kuih-muih dan minuman untuk player main s**a-suki dan lain-lain hal lagi yang memerlukan duit.

Terima kasih semua yang menyokong Ritma Table Tennis Club - RTTC !

09/06/2026

Jawatan Kosong: Bahagian Pengurusan

Mencari calon pemain yang cekap mengurus kerja, fail dan jadual.

Keutamaan kepada yang kurus, sebab jawatan ini banyak menguruskan.

Yang gemuk jangan risau, kami cadangkan untuk memohon di bahagian penggemukan β€” tugas utama memperbanyak stok makanan kelab dan memastikan kuih tournament tidak membazir. πŸ˜†

Nota: Ini sekadar gurauan. Yang penting rajin stroke setiap hari hehehehe.

Address

Jalan Ritma 2/2 Ritma Perdana
Puncak Alam
42300

Opening Hours

Monday 17:00 - 01:00
Tuesday 17:00 - 01:00
Wednesday 17:00 - 01:00
Thursday 17:00 - 01:00
Friday 17:00 - 02:00
Saturday 07:00 - 01:00
Sunday 07:00 - 23:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ritma Table Tennis Club - RTTC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category