Yuzy Racing

Yuzy Racing A Motorsports Team lead by former 1st Malaysian Rider in MotoGP 250cc - Shahrol Yuzy

Participate In Motorsport Event in National & Asia Region since 2006

Riders Line Up for 2021

M'sian CubPrix - CP150 & WIRA

Idemitsu Honda Yuzy Racing
1. #20 Azroy Hakeem
2. #61 Muhammad Shahrol Syazras
3. #35 Md Amier Rossi

Castrol Power1 Honda Racing
1. #86 Md Harith Haziq
2. #68 Allan Harris

31/08/2026

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 69.

69 tahun kita berdiri sebagai sebuah negara yang berdaulat. Dengan semangat yang sama seperti di litar, berani mencabar, terus berjuang dan tidak pernah mengalah.

Daripada seluruh warga Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat cintakan Malaysia, menghargai pengorbanan terdahulu dan terus melangkah ke hadapan demi negara tercinta.



SALAM TAKZIAHHonda Castrol Power 1 Yuzy Racing merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga serta insan terdekat Alla...
29/08/2026

SALAM TAKZIAH

Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga serta insan terdekat Allahyarham Farres Putra atas pemergian beliau.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Al-Fatihah.

Daripada seluruh warga kerja Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing.

#33

29/08/2026

Sebentar lagi, aksi Malaysian Cub Prix akan bersiaran secara langsung.

Jom sama-sama beri sokongan padu kepada Honda Castrol Power1 Yuzy Racing!



PETAK PERTAMA MILIK AZROY!Azroy Hakeem Anuar tampil paling pantas dalam aksi Super Pole sebentar tadi!Dengan catatan ter...
29/08/2026

PETAK PERTAMA MILIK AZROY!

Azroy Hakeem Anuar tampil paling pantas dalam aksi Super Pole sebentar tadi!

Dengan catatan terpantas, Azroy bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama untuk kategori CP150 Malaysian Cub Prix Pusingan 5 di Kuala Terengganu.

Kerja belum selesai. Kita fight untuk kemenangan pada Final petang nanti.



Aqeel Danish menamatkan sesi semalam di P10 kategori CP125 selepas aksi Free Practice dan qualifying yang penuh persaing...
29/08/2026

Aqeel Danish menamatkan sesi semalam di P10 kategori CP125 selepas aksi Free Practice dan qualifying yang penuh persaingan. 💪🔥

Hari ni cabaran seterusnya adalah Shoot Out!

10 pelumba terbaik akan berjuang untuk menentukan kedudukan petak permulaan dan Aqeel akan turun sekali lagi untuk cari posisi terbaik sebelum perlumbaan pada sebelah petang nanti.



29/08/2026

HARI YANG TAK MUDAH, TAPI FIGHT MASIH BELUM HABIS!

Semalam bukan hari yang mudah untuk Syazras. Jenteranya yang berdepan masalah teknikal dalam ketiga-tiga sesi Free Practice, Qualifying 1 dan Qualifying 2.

Dalam keadaan ini, memang bukan mudah untuk dapatkan pace dan buat lap yang konsisten. Tapi Syazras tetap turun, tetap cuba dan tetap fight sampai sesi terakhir.

Syazras menamatkan sesi semalam di kedudukan 24 dalam kategori CP150.

Tapi yang paling penting… SYAZRAS AKAN BERAKSI DI FINAL!



28/08/2026

Azroy mempamerkan aksi yang konsisten dari sesi Free Practice hingga Qualifying dan menghasilkan pace terbaik untuk jentera Honda RSX dalam kategori CP150.

Dalam sesi Qualifying 2, Azroy berjaya catat masa 50.047s untuk muncul sebagai pelumba kedua terpantas!

Esok kita datang dengan fokus yang sama dan cuba cari yang terbaik untuk sesi Superpole.



28/08/2026

Hari ni memang penuh dengan aksi untuk Darwisy dalam kategori CP150.

Dari sesi Free Practice sampai ke Qualifying, pace makin lama makin menjadi. Setiap lap makin kemas, setiap percubaan makin yakin.

Dan kemuncaknya P1 dalam Qualifying 2, dengan catatan masa terpantas 49.821s untuk Q2 sekaligus melayakkan beliau ke sesi Super Pole esok!



27/08/2026

ROUND 5 KITA DATANG!

Gong Badak, Terengganu… Honda Castrol Power1 Yuzy Racing dah ready!

Persiapan untuk Malaysian Cub Prix Pusingan 5 makin rancak. Rider dah bersedia, jentera pun dah dipersiapkan sebaik mungkin. Sekarang tinggal masa untuk turun ke litar dan bagi yang terbaik!

Setiap pusingan ada cerita dan cabaran tersendiri. Gong Badak p**a bukan litar untuk main2, fokus kena kekal, strategi kena tepat dan setiap lap kena fight sampai ke garisan penamat.

Kali ni kita bukan sekadar datang untuk berlumba.

Kita datang untuk fight. Kita datang untuk buat yang terbaik untuk semua peminat Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing!

Buat semua peminat Honda dan penyokong Yuzy Racing, teruskan bagi support korang!

Doakan perjalanan pasukan dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar.



18/08/2026

P2 on the podium! 🏆

Huge congratulations to Hakeem Anuar and the entire Yuzy Racing team for a hard-fought Cub Prix Round 4 in Penang!

Address

No G12 Jalan Putra Perdana 1/3, Taman Putra Perdana
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yuzy Racing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Yuzy Racing:

Shortcuts

Share