Kenduri Futsal

Directions

Kenduri Futsal Parti Futsal ala ASPUTRA

26/09/2026

Bersiar-siar bersama teman dan rakan,
Bunga melur berkembang petang;
Kenduri Futsal kita sempurnakan,
Moga bertemu pada masa mendatang.

Pergi ke pekan membeli jamu,
Singgah sebentar membeli suasa;
Andai terkasar tutur kataku,
Ampun dan maaf dipinta sentiasa.

Dengan berakhirnya acara pada tahun ini, maka secara rasminya Kenduri Futsal Asputra 2026 melabuhkan tirai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain, penaja, rakan strategik serta seluruh warga Asputra yang bersama-sama menjayakan acara ini. Kehadiran, semangat dan sokongan anda telah menjadikan KFA 2026 sebuah kenangan yang cukup istimewa.

Kami daripada pihak pengurusan dengan rendah hati memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, keterlanjuran kata serta kekhilafan sepanjang acara berlangsung.

Semoga segala kenangan, persahabatan dan semangat kesukanan yang tercipta terus kekal dalam ingatan. Insya-Allah, andai ada rezeki lagi, moga kita berjumpa pada tahun hadapan dengan kemeriahan dan semangat yang lebih hebat!

Majulah Asputra untuk semua! 💙⚽



23/09/2026

KFA2026 CHAMPION TEAMS FOR EACH CATEGORY!

Mentari terbit menyinari ladang,Embun berkilau di pohon ara;Gigih berjuang di tengah gelanggang,Kini tersenyum bergelar ...
23/09/2026

Mentari terbit menyinari ladang,
Embun berkilau di pohon ara;
Gigih berjuang di tengah gelanggang,
Kini tersenyum bergelar juara!

Cantik berseri bunga di taman,
Disusun indah di atas dulang;
Inilah dia barisan budiman,
Pulang megah membawa gemilang!

🏆GELANGGANG MENJADI SAKSI, JUARA MENCIPTA MEMORI!

Daripada debaran awal sehingga ke tiupan wisel terakhir, setiap pasukan telah memberikan yang terbaik didorongi dengan sorakan penyokong menjadikan edisi kali ini amat istimewa dan bermakna!

Kenduri Futsal Asputra 2026 dengan bangganya mempersembahkan pasukan terbaik bagi setiap kategori:

🔥SUPER SENIOR
🥇 Juara: Asputra 80’s (1989)
🥈 Naib Juara: Jambu FC (1998)
🥉 Tempat Ketiga: Datang Dari Rata2 (2001)
🏅 Tempat Keempat: Sekehen Leg (1999)

⚡KATEGORI SENIOR
🥇 Juara: Bunggung FC (2008)
🥈 Naib Juara: Siakap Stim (2013)
🥉 Tempat Ketiga: Cap Misai FT (2012)
🏅 Tempat Keempat: Khayal FC (2010)

🚀KATEGORI JUNIOR
🥇 Juara: Natebotok FT (2022)
🥈 Naib Juara: Insigniter FT (2016)
🥉 Tempat Ketiga: Assiduous FT (2020)
🏅 Tempat Keempat: Mengkudu FC (2021)

👏Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! Setiap kejayaan diraih hasil usaha, kesungguhan dan semangat berpasukan yang luar biasa.

Buat semua pasukan yang bertanding, terima kasih kerana memberikan saingan hebat dan mempamerkan semangat kesukanan sepanjang kejohanan. Anda semua telah menghidupkan gelanggang dan menjadikan KFA 2026 sebuah kenangan yang bermakna!

Di gelanggang kita bersaing, di luar gelanggang kita bersaudara. Inilah semangat Asputra!💙

17/09/2026

⚽🔥 KENDURI FUTSAL ASPUTRA 2026 🔥⚽
Dengan bangganya dibawakan khas oleh Danai Retreat — More Than Just an Experience!

Kehangatan semakin terasa, debaran semakin memuncak!
Para pemain sudah bersedia💪
Anda?

Berikut dikongsikan sedikit panduan perjalanan untuk memudahkan perjalanan tuan-tuan dan puan-puan menuju ke arena pertandingan.

📅 19 September 2026
📍 Jesseball Pearl City, Simpang Ampat, Pulau Pinang
https://share.google/DODL43u5D5469PQBf

Hadir dan rasai sendiri kemeriahan, persaingan serta semangat kekeluargaan Asputra!

Kami tidak sabar menyambut kedatangan anda.
Selamat datang dan jumpa anda di arena! 🏆🔥

🔥 PENANTIAN HAMPIR 3 TAHUN KINI BERAKHIR! 🔥Selepas kali terakhir menggegarkan Perlis menerusi KFA23, kini Kenduri Futsal...
16/09/2026

🔥 PENANTIAN HAMPIR 3 TAHUN KINI BERAKHIR! 🔥

Selepas kali terakhir menggegarkan Perlis menerusi KFA23, kini Kenduri Futsal Asputra dibawakan khas oleh Danai Retreat kembali lagi untuk edisi 2026!

Kali ini, pentas kemeriahan bakal berlangsung di Jesseball Pearl City, Simpang Ampat, Pulau Pinang!

📍https://share.google/WgxDIS0igTGdc6JMy

⚡ Lebih meriah!
💥 Saingan lebih sengit!
🏆 Lebih banyak pasukan!
📣 Lebih ramai penyokong!

Bersiap sedia untuk menyaksikan aksi penuh debaran, semangat kesukanan dan perebutan kejuaraan dalam tiga kategori:

🏆Super Senior — 40 tahun ke atas
🏆Senior — 30 hingga 39 tahun
🏆Junior — 18 hingga 29 tahun

Kenduri Futsal Asputra 2026 dengan bangganya mempersembahkan aturcara acara dan jadual rasmi perlawanan!

Bersiap sedia untuk kemeriahan luar biasa!

KFA 2026 — Kita Kembali, Lebih Hebat! ⚽🔥

Tabir dibuka perlahan-lahan,Kilauan emas memukau mata,Medal dan trofi menjadi rebutan,Siapakah bakal bergelar juara?Gend...
12/09/2026

Tabir dibuka perlahan-lahan,
Kilauan emas memukau mata,
Medal dan trofi menjadi rebutan,
Siapakah bakal bergelar juara?

Gendang bergema membakar semangat,
Sorakan penyokong gegarkan arena,
Medal dan trofi sudah pun terlihat,
Tiba masanya memburu makna!

Senarai team sudah, senarai penaja pun sudah.

Tiba masanya KFA mempersembahkan medal dan trofi Kenduri Futsal Asputra 2026!



Pohon meranti teguh berdiri,Tempat berteduh di tengah laman,Tanpa penaja yang murah hati,Tidak mungkin acara dijayakan.A...
11/09/2026

Pohon meranti teguh berdiri,
Tempat berteduh di tengah laman,
Tanpa penaja yang murah hati,
Tidak mungkin acara dijayakan.

Anak muda turun ke gelanggang,
Penuh semangat mengejar juara,
Sokongan penaja menjadi tulang belakang,
Membawa kejayaan kepada acara.

Kenduri Futsal Asputra mempersembahkan barisan penaja dan tulang belakang kepada kejayaan event edisi tahun 2026!

⭐️Penaja Utama: Danai Retreat

⭐️Rakan Strategik Utama:
• Lekir Biz Resources
• Shoraka Group

⭐️Penaja Bersama:
• Nepolink Sdn Bhd
• Gravitas Venture Sdn Bhd
• PKY Mega Enterprise
• Green Expert

Sokongan anda amat kami hargai!



Bola bulat ditendang-tendang,Jaring gol berkibar megah;Kenduri Futsal hampir bertandang,Mari lihat pasukan yang gagah!Sa...
11/09/2026

Bola bulat ditendang-tendang,
Jaring gol berkibar megah;
Kenduri Futsal hampir bertandang,
Mari lihat pasukan yang gagah!

Salam buat semua ASPUTRA yang dikasihi!
Kenduri Futsal Asputra tahun 2026 kini kembali!
Berikut adalah senarai pasukan yang telah mendaftar, dan bersedia untuk berentap pada edisi tahun ini.

Siapakah yang akan menjadi juara edisi tahun ini?
Sama-sama kita nantikan!😉



KENDURI FUTSAL ASPUTRA 2023Keputusan PenuhSENIOR CUPJohan - Stuhico (2003)Naib Johan - Lipan Bara (2004)JUNIOR CUPJohan ...
05/09/2023

KENDURI FUTSAL ASPUTRA 2023
Keputusan Penuh

SENIOR CUP
Johan - Stuhico (2003)
Naib Johan - Lipan Bara (2004)

JUNIOR CUP
Johan - Siakap Stim (2013)
Naib Johan - Asputra 06 (2006)

SENIOR PLATE
Johan - KOSONG LIMA (2005)
Naib Johan - Cap Berlian (1998)

JUNIOR PLATE
Johan - STRALUCIRE FT (2017)
Naib Johan - Kuda Tua (2007)

INTERHOUSE U17
Johan - ZUHRAH
Naib Johan - MARIKH
Ketiga - ZUHAL
Keempat - MUSYTARI

INTERHOUSE U15
Johan - ZUHAL
Naib Johan - MARIKH
Ketiga - ZUHRAH
Keempat - MUSYTARI

Address

Block A, Lot 36545, Jalan TS 6/1,
Puchong
47500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kenduri Futsal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category

Nearby gyms & sports facilities