08/10/2026
MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM
HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2026 X MALAYSIA AKTIF
Dimaklumkan bahawa program Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 X Malaysia Aktif yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di Kompleks Sukan dan Rekreasi Jalan Betek, Bukit Mertajam adalah DITANGGUHKAN sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan, kerjasama serta komitmen semua pihak, khususnya para peserta, rakan strategik, penaja dan pihak yang terlibat.
Sebarang perkembangan dan makluman terkini akan diumumkan melalui saluran media sosial rasmi dari semasa ke semasa.
Terima kasih atas perhatian dan kefahaman semua. π