07/09/2025
๐๐๐๐ข๐๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐ ๐ฅ. ๐๐ง๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ ๐๐ก๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐จ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐ฆ๐๐ฆ ๐ง๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง
PORT DICKSON, 4 Sep 25: Kejohanan Bina Badan Antara Perkhidmatan Mr. ATM Tahun 2025 telah berlangsung di Dewan Tan Sri Mohammad, Kem Segenting mulai 3 Sep hingga 4 Sep 25.
Kejohanan ini menghimpunkan atlet bina badan terbaik dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia seramai 43 orang Ahli Bina Badan. Pertandingan berlangsung dalam suasana kompetitif dan penuh semangat kesukanan.
Tim Persatuan Ahli Bina Badan Tentera Darat (PBB TD) Team Bina Badan Tentera Darat berjaya muncul sebagai juara keseluruhan dengan persembahan yang mantap dan disiplin tinggi, sekaligus membuktikan dominasi mereka dalam sukan bina badan peringkat ATM dengan memperolehi 6 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa yang sebelum ini didominasi oleh PBB TUDM yang hanya memperolehi 4 Emas kali ini manakala PBB TLDM hanya 1 Emas.
Kejohanan ini julung kalinya dianjurkan oleh Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) dimana Komandan PUSASDA merupakan Presiden PBB TD dan juga PBB ATM. Kejohanan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat atlet dalam kalangan anggota tentera, malah memupuk gaya hidup sihat, ketahanan fizikal dan semangat juang yang tinggi sejajar dengan aspirasi ketenteraan.
Kejohanan kali ini adalah bagi memilih atlet untuk mewakili ATM di kejohanan peringkat Kebangsaan dan lebih tinggi. Kejohanan ini diadili oleh seramai 8 orang Pengadil Profesional daripada Persatuan Bina Badan Malaysia.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, pengadil dan ucapan serta acara bergambar. Komandan PUSASDA, Kolonel Mohd Hisham Din telah menyempurnakan Upacara Penutup Kejohanan Bina Badan Antara Perkhidmatan Mr. ATM 2025. Turut hadir Pengerusi PBB TLDM dan PBB TUDM.