20/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐.๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
PORT DICKSON, 19 Ogos 2026 โ Politeknik Premier Port Dickson (POLIPD) telah menganjurkan Ceramah Kenegaraan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bertempat di Dewan Wawasan, Politeknik Premier Port Dickson.
Program tersebut melibatkan seramai 600 orang pelajar PLKN 3.0 Fasa 2B yang sedang mengikuti kursus Unit Beruniform di POLIPD. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Najib Aliff bin Rosli, Ketua Seksyen Latihan, Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sembilan.
Ceramah ini bertujuan meningkatkan kesedaran, penghayatan serta semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, di samping memperkukuh kefahaman terhadap Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan, sejarah negara serta tanggungjawab generasi muda dalam mempertahankan kedaulatan dan keharmonian Malaysia.
Pengisian tersebut juga selaras dengan matlamat PLKN 3.0 dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berjati diri, mempunyai semangat cintakan negara serta bersedia menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Melalui program seperti ini, para pelajar bukan sahaja didedahkan kepada aspek kenegaraan dan patriotisme, malah turut dipupuk dengan nilai perpaduan, sahsiah unggul serta kesedaran terhadap peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara.
Diharapkan pengisian yang dilaksanakan dapat melahirkan generasi muda yang berilmu, berkemahiran, berjiwa patriotik dan berintegriti, sekali gus menjadi aset penting negara dalam memastikan Malaysia terus kekal aman, bersatu, berdaulat dan maju pada masa hadapan.