29/08/2026
persaingan liga telah melintasi minggu ke4. penjaga gol pasukan Dee Aman menampilkan aksi 'Man of the Match' untuk mengagalkan usaha pasukan Bukit Lada Fc menerajui carta liga. aksi cemerlang yang ditampilkan oleh M Hafizul telah membantu Dee Aman 70 F menerajui carta liga.
Pemain Baha Sayur X My Paya, M Afiq Muzzakkir @ Marlon yang baru berusia 18 tahun p**a telah menampilkan aksi serangan yang cemerlang dengan menjaringkan 4 gol ketika bertemu pasukan Gurun Sahara Fc. dengan jumlah gol tersebut pemain tersebut telah memintas Zulhafiz @ Black dari Sena City di persaingan Golden Boot. Black juga tidak ketinggalan untuk menambah koleksi gol beliau apabila menjaringkan 1 gol ketika bertemu Padu Fc. namun jaringan tersebut tidak dapat membantu Sena City utk mencari kemenangan kedua liga.
Padu Fc yang masih mencari kemenang pertama selepas minggu 3, akhirnya telah mendapat 3 mata pertama dengan menewaskan Sena City 4-2.
persaingan liga masih lagi terbuka dengan semua pasukan telah pun mengutip mata minima dan dengan baki lagi 10 minggu untuk persaingan liga, semestinya semua pasukan akan berusaha untuk membuat persiapan rapi untuk minggu minggu akan datang.
untuk yang mengikuti perkembangan liga sosial sena football sentral, anda boleh menonton semula semua perlawanan di youtube sena football sentral dan juga hadir ke arena perlawanan pada hari selasa dan rabu 9 malam.