Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang

Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang Persatuan Seni Silat Gayong Maarifat Malaysia (Pulau Pinang)

24/08/2026

Selawat adalah keperluan jiwa,dan tatkala Rabiulawal menjelma, kerinduan kepada Baginda mekar seperti musim bunga yang menghidupkan setiap hela nafas.

🌹 SALAM MAULIDUR RASUL 1448H 🌹

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد ﷺ

Bersempena hadirnya bulan Rabiulawal, marilah kita bersama-sama menyemarakkan rasa cinta dan kerinduan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda.

Selawat bukan sekadar zikir di bibir, bahkan cahaya yang menghidupkan hati, penawar bagi jiwa, serta jalan untuk meraih syafaat Rasulullah SAW.

Semoga setiap selawat yang kita titipkan menjadi asbab keberkatan hidup, ketenangan jiwa, dan mengikat hati kita dengan akhlak serta sunnah Baginda SAW.

Ayuh, kita hidupkan Rabiulawal dengan selawat.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد

Ikhlas daripada:
Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia
Cawangan Negeri Pulau Pinang

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA SEMUA AHLI GM PENANG,​MAKLUMAN & RAYUAN SUMBANGAN KILAT: BANTUAN KECEMASAN UNTUK KELUA...
24/08/2026

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA SEMUA AHLI GM PENANG,
​MAKLUMAN & RAYUAN SUMBANGAN KILAT: BANTUAN KECEMASAN UNTUK KELUARGA SAHABAT KITA (PENDEKAR HUSAINI)

​Dukacita dimaklumkan bahawa sahabat kita, Pendekar. Husaini, sedang diuji apabila anak beliau telah disahkan menghidap jantung berlubang dan saluran utama jantung sempit, serta memerlukan rawatan dan pemantauan perubatan yang segera.

​Sebagai tanda kebersamaan, sokongan moral dan keprihatinan kita sebagai satu keluarga persatuan, pihak kepimpinan ingin membuka ruang sumbangan ikhlas bagi meringankan beban kos perubatan dan logistik yang ditanggung oleh keluarga beliau.

​Bagi ahli yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun isteri beliau seperti butiran berikut:

​Nama Bank: CIMB Bank
​No. Akaun: 7057714023
​Nama Pemegang Akaun: Nurul Syuhada Binti Shahiran (isteri Husaini)
​(Sila rujuk gambar/QR code yang dilampirkan)

​Semoga setiap sumbangan, doa dan keikhlasan kita semua dapat memberi kekuatan kepada Pendekar Husaini sekeluarga serta dipermudahkan urusan kesembuhan buat anak beliau.
​Sekian, terima kasih.

​Yang menjalankan amanah,
Pendekar Ashraf
TYDP PSSGMM Cwg. Pulau Pinang.

KEMBARA MEGA GERAK LAKSAMANA MERDEKA 2026PENGIJAZAHAN ILMU SYAHADAH / GERAK✨ KHAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN ✨📅 31 OGOS 20...
19/08/2026

KEMBARA MEGA GERAK LAKSAMANA MERDEKA 2026

PENGIJAZAHAN ILMU SYAHADAH / GERAK

✨ KHAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN ✨
📅 31 OGOS 2026

Anjuran:
Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia
Cawangan Negeri Pulau Pinang

RAHSIA PERMAINAN DATUK LAKSAMANA HANG TUAH

Satu kembara mengenali warisan Ilmu Gerak Syahadah / Ibu Gayong Gerak serta ilmu beladiri Melayu tua yang diwarisi daripada para pendekar dan ulama Nusantara.

📲 SECARA ONLINE
⏰ Bila-bila masa • 24 JAM
⏳ Hanya sekitar 1 - 3 JAM
👤 Lelaki & wanita
🔞 Tiada had umur

🛡️ ANTARA ILMU YANG DIPERKENALKAN:

• 🛡️ Pendinding Diri
Ajian Pagar Diri & Pelangkah Hulubalang

• ⚔️ Kunci Musuh dari Jarak Jauh
Pasak

• 🥋 Pukulan / Gerak Jarak Jauh
Jurus

• 💪 Menguatkan semangat & jiwa
• ✨ Membangkitkan tenaga positif
• 🕌 Ikhtiar mendekatkan diri kepada Allah
• 🛡️ Ikhtiar perlindungan daripada gangguan
• 🥋 Mengenali gerak silat secara sedar dan kendiri

❌ Tanpa seru jin
❌ Tanpa tangkal
❌ Tanpa unsur khurafat, tahyul & syirik

💰 YURAN SERENDAH RM50 SAHAJA!

🎁 PERCUMA untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah!

🔥 HANYA 1-3 JAM, SEKALI SEUMUR HIDUP.

🇲🇾 Sempena bulan kemerdekaan, ayuh kenali kembali warisan ilmu dan seni beladiri Melayu.

“Warisan bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk dikenal dan dipelihara.”

📩 Untuk pendaftaran & maklumat lanjut, boleh terus hubungi kami.

016-5656 101

016-5656 101

016-5656 101

27/06/2026

Alhamdulillah, telah selesai sesi ulang kaji ASMMA peringkat tahap asas rawatan, kesemua peserta pernah menyertai kursus peringkat pusat

Kelas ulangkaji dijalankan bagi mengasah kemahiran serta mempraktikkan ilmu yg dipelajari sebelum ini

```KALAU TAK ASAH.. TUMPUL.

KALAU TAK GUNA..
BERKARAT.```

InsyaAllah kita sama-sama ulangkaji balik, praktikal balik apa yang kita belajar masa kursus ASMMA.

*ILMU TANPA AMAL SUATU KEGILAAN*

*AMAL TANPA ILMU SUATU YANG SIA-SIA*

Terima Kasih tak terhingga diucapkan kepada Ps Tarmizi sudi membuat perkongsian kepada para peserta .

Kepada mereka yg berminat untuk mempelajari ilmu perubatan tanpa sentuhan, boleh directh hubungi kami 📞

Alhamdulillah…💚
26/06/2026

Alhamdulillah…💚

📿*JEMPUTAN KE MAJLIS ZIKIR MINGGUAN (GELANGGANG SIMPANG AMPAT)* 📿Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Dengan segal...
25/06/2026

📿*JEMPUTAN KE MAJLIS ZIKIR MINGGUAN (GELANGGANG SIMPANG AMPAT)* 📿

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dengan segala hormatnya, kami menjemput tuan/puan ke Majlis Zikir Mingguan yang akan diadakan seperti berikut:

📍 Tempat: Kediaman PS Tarmizi, Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat
📆 Hari /Tarikh : Hari Khamis /
25 JUN 2026
🕗 Masa: 8.00 malam

Tentatif:
8:00 - Berkumpul
8:15 - Majlis bermula dengan bacaan Wirid 63, Yaasin, Tahlil & Doa.
9:15 -Tazkirah Ringkas
9:45 - Bersurai

SEMUA DI JEMPUT HADIR
Di galakan untuk membawa air mineral untuk pengisian bacaan wirid63, yaasin, tahlil dan doa.

Mari kita bersama-sama menghidupkan hati dengan mengingati Allah SWT dalam suasana penuh keberkatan dan kasih sayang.

Sabda Rasulullah SAW:
“Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

20/06/2026

mintalah kepada allah, sabar, dan istiqomah, insyaallah Allah akan kabulkan💚🤲🏼

Alhamdulillah,  direzkikan ziarah kubur Almarhum pagi ni💚
20/06/2026

Alhamdulillah, direzkikan ziarah kubur Almarhum pagi ni💚

insyaallah malam ni, jemput semua warga pulau pinang untuk hadir💚🤲🏼
18/06/2026

insyaallah malam ni, jemput semua warga pulau pinang untuk hadir💚🤲🏼

Address

Pinang George Town

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share