06/09/2021
To all KUSESSIANS!!!!
Share this post, forward it to your friends, your WA & TG groups, post it in all of your socmed, IG, Tiktok, FB, everything.
And most importantly, join us on that day, Wednesday 8th September 2021, 1pm to 2pm.
[PENGUMUMAN]
Sambutan Jubli Perak 25 Tahun KUSESS
”Detik Gemilang, Di Sini Sanggarnya.”
Assalaamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah syukur kita semua ke hadrat Ilahi, tahun ini merupakan tahun ke-25 pembukaan sekolah kita yang tercinta, SM Sains Kuala Selangor atau KUSESS, iaitu pada 8 September 1996.
Walaupun pada masa ini kita semua sedang menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran pandemik Covid-19, kita semua pasti tidak akan melupakan tarikh keramat ini.
Dengan rasa rendah diri dan sukacitanya dijemput semua guru dan putera-puteri KUSESS, PIBG dan para Ibu bapa, alumni KUASA, Mantan-mantan Pengetua yang dikasihi, mantan PK, mantan guru-guru, warga kerja serta seantero dunia yang pernah terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan KUSESS untuk sama-sama meraikan
Sambutan Jubli Perak KUSESS secara dalam talian (virtual) pada ketetapan berikut
Hari/Tarikh: Rabu, 8 September 2021
Masa: 1:00 - 2:00 petang
Dirasmikan Oleh: Tuan Haji Hasan Abrar bin Mohd Halidi, Pengetua, Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor
secara langsung (LIVE) di tiga platform berbeza:
1. YouTube
KUASA KUSESS
https://www.youtube.com/channel/UCUAssp-2HG7ZTEbuskidI8w
2. page
Kuala Selangor Science School ALUMNI
Fb.com/kusessalumni
3. Facebook Group
KUALA SELANGOR SCIENCE SCHOOL ALUMNI
FB.com/groups/kuasakusess/
Marilah kita bersama-sama hadir secara atas talian dengan memberi sokongan, memeriahkan program dan meraikan perjalanan 25 tahun KUSESS. Semangat anda semua sangat diperlukan demi meneruskan legasi dan kejayaan KUSESS di masa hadapan.
*Mohon semua untuk bantu sebarkan dan share di profile masing-masing