02/09/2026
Semangat kemerdekaan turut disemarakkan di KGPA menerusi penganjuran Ladies Activity yang telah disertai seramai 48 peserta wanita sekali gus menunjukkan sambutan dan penyertaan yang amat menggalakkan. Penyertaan daripada pelbagai kaum dan latar belakang ini jelas mencerminkan semangat kesukanan, perpaduan dan keharmonian yang menjadi antara nilai penting dalam meraikan kemerdekaan. Kejohanan seperti ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup aktif, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan warga KGPA.