Pilihan #1 Operator Sukan Futsal - DE STADIUM FUTSALKini di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Memperkenalkan salah sebuah syarikat operator sukan futsal yang paling pesat berkembang di rantau ini, De Stadium Futsal kini di Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Hari ini, De Stadium Futsal merupakan salah sebuah syarikat operator sukan futsal yang terbesar di Kota Bharu, Kelantan. Ia adalah peneraju u
tama dalam semua segmen bisnes dalam industri sukan futsal di Malaysia. De Stadium Futsal terkenal dengan produk yang inovatif, perkhidmatan yang cemerlang, dan perkongsian niaga yang berjaya dibina berdasarkan kepercayaan dan keyakinan, dan keprihatinan terhadap pengguna dan rakan niaga. Pada 16hb April 2009, De Stadium Futsal memulakan perniagaannya yang pertama di USJ 19 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Pelaburan di negeri Selangor selama 3 tahun menempa satu pencapaian bersejarah bagi De Stadium Futsal. Ekonomi negeri Selangor yang liberal dan dinamik dilihat sebagai satu potensi besar yang sedikit sebanyak membantu. De Stadium Futsal menyediakan khidmat sebagai operator utama sukan futsal, juga khidmat menganjurkan kejohanan dan pertandingan. De Stadium Futsal komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan di Malaysia khususnya melalui rangkaian servis kami dan rakan niaga yang lain seperti The Printing Dudes dan Arena Futsal Malaysia. De Stadium Futsal telah memulakan penjenamaan semula di Kota Bharu, Kelantan dan seluruh negara bagi memaparkan identiti yang baru dan elegan. Nantikan logo oren dan hitam kami yang terserlah apabila anda mengunjungi Kompleks Sukan Futsal De Stadium. Pengalaman bermain hebat seperti juara. Semuanya ada disini.