29/10/2021
29 Oktober 2021 -Jumaat
Di kala Endemik ini, kita perlulah kekalkan amalan makan secara sihat bagi mengelakkan berlakunya pertambahan berat badan yang mendadak dan yang lebih membimbangkan adalah meningkatkan risiko PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT seperti darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung.
Kehadiran penyakit kronik akan merendahkan sistem imuniti tubuh untuk memerangi ancaman penyakit.
Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi santan kerana santan mengandungi asid lemak tepu yang tinggi.
Asid lemak tepu akan meningkatkan jumlah kolesterol dan kolesterol LDL dalam badan jika diambil secara berlebihan.
Pengambilan asid lemak tepu yang berlebihan juga boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan dan obesiti.
JOM TERUSKAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT ‼️