15/01/2021
Workout From HOME 10 minutes Challenge
Assalamualaikum semua, harini AQ Active nak ajak semua untuk bersenam di rumah. Jom kekal sihat ! Kat sini ada tips dan cara-cara untuk kita melakukan senaman ringan di rumah. Mudah je dengan 10 minit 1 hari
1. Regangkan badan
Elakkan duduk sepanjang hari di rumah tanpa berbuat apa-apa sebaliknya carilah aktiviti untuk dilakukan di rumah. Jika malas sangat, lakukan senaman regangan badan setidak-tidaknya dua jam sekali.
2. Lompat tali
Meskipun tak dapat ke pusat kecergasan dalam tempoh PKP ini, anda masih boleh menjalani latihan intensif di rumah. Antaranya lompat tali yang mampu meningkatkan stamina anda. Paling penting, ia juga menyeronokkan!
3. Lari setempat
Joging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati. Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik di rumah.
4. Lompat katak, tekan tubi
Lompat katak sangat mudah dan boleh dilakukan dalam kiraan 10 saat. Ia baik sebagai memanaskan badan dan kardiovaskular, manakala tekan tubi baik untuk menguatkan otot lengan serta dada anda. Tidak perlu lama, cukup sekadar 10 ke 15 minit setiap sesi.
Untuk maklumat lanjut follow kami di
https://www.facebook.com/AQxtiv
atau
https://wa.me/+60196787229 - adam
https://wa.me/+60132850329 - haiqal