14/02/2026
KUCHING, 12 FEB 2026
PASANGAN BERADIK HAFIZ DAN MIASARA, SERTA ZAKI MENDOMINASI KEJOHANAN SIRKIT REMAJA PUSINGAN SARAWAK
Kontinjen Tenpin Boling Negeri Sabah yang terdiri dari 84 atlet remaja berumur 18 Tahun ke Bawah telah menyertai Kejohanan Sirkit Remaja Sportexcel-NSC-Milo-MTBC Pusingan Sarawak yang telah diadakan pada 10-12 Februari 2026 bertempat di Sarawak Megalanes, Batu Kawa Kuching. Kontinjen ini juga turut disertai seramai 10 pegawai serta jurulatih. Terdapat tiga kategori umur yang dipertandingkan iaitu Bawah 12 Tahun, Graded dan juga Open yang mana setiap kategori umur dibahagikan kepada Lelaki dan Perempuan.
Muhammad Hafiz Saiful mempamerkan kecemerlangan apabila mendominasi dan menjuarai Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki, manakala Aisyah Hana Anugerah p**a memenangi tempat ketiga untuk acara Perempuan.
Kategori Girls Graded juga menyaksikan atlet Dayang Hasya Izz Zayani berjaya meraih podium dengan menduduki tempat ke-3, memperbaiki kedudukan dar tempat ke-4 pada pusingan kelayakan.
Miasara Adawiyah Saiful menjuarai kategori Open Perempuan, manakala Chloe Ho Rui Zhi p**a berpuas hati di tempat ketiga. Kecemerlangan kontinjen Sabah diteruskan dengan Muhammad Zaki Bin Abdul Rahman memenangi kategori Lelaki, diekori rapat oleh Mohammad Danish Hakim Bin Fadzil di tempat ketiga.
Berikut adalah ringkasan keputusan kejohanan tersebut selepas pusingan akhir:
Bawah 12 Tahun Lelaki
1st – Muhammad Hafiz bin Saiful
8th – Mohd Noah Adyan bin Mohd Nadiysyairazi
Bawah 12 Tahun Perempuan
3rd – Aisyah Hana Anugerah binti Mohd Haidir
4th – Nursyafiqah Yusra binti Shajahan
Graded Lelaki
5th – Addriel Kniko Japlin
Graded Perempuan
3rd – Dayang Hasya Izz Zayani binti Abg Mohd Hafiff
5th – Sharifah Maryam Mukhlisah binti Shariff Abu Bakar
6th – Adeena Amilin binti Amiruddin
8th – Nurzulaikha Balqis binti Zulkifly Effendy
Open Lelaki
1st – Muhammad Zaki bin Abdul Rahman
3rd – Mohammad Danish Hakim bin Fadzil
6th – Mohd Faris Faiq bin Afillah
7th – Tristen Lee Yan Wai
Open Perempuan
1st – Miasara Adawiyah binti Saiful
3rd – Chloe Ho Rui Zhi
6th – Dhaniyya Marissa Aleeya binti Drahman
8th – Najmina Najihah binti Kamaruddin
Ketua kontinjen Sabah, Puan Aisyah Abdullah yanhg juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Tenpin Boling Negeri Sabah menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet remaja Sabah, khasnya yang bernaung di bawah program latihan Bakat dan Pelapis MSN kerana berjaya mempamerkan prestasi yang baik dan menjuarai kategori serta mencapai podium. Diharapkan agar momentum ini dapat ditingkatkan lagi pada Kejohanan Sirkit Remaja Pusingan Sabah yang dijadualkan pada bulan Julai 2026.