24/05/2026
Ramai yang mengatakan kehadiran penonton pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil kurang memuaskan, namun ramai juga yang tidak melihat faktor utama iaitu lokasi perlawanan yang jauh dari Borneo. Tambahan p**a, salah satu finalis ialah , sebuah kelab dari Sarawak yang berpangkalan di bandar Kuching sahaja. Jadi, tidak adil untuk meletakkan jangkaan terlalu tinggi terhadap jumlah kehadiran penyokong mereka di Semenanjung.
Walaupun berdepan perjalanan jauh merentasi Laut China Selatan serta kos perjalanan yang tinggi, penyokong tetap hadir memberikan sokongan penuh di . Semangat dan pengorbanan seperti inilah yang mencerminkan cinta sebenar terhadap kelab.
Apa pun, tahniah kepada semua penyokong Kuching City FC yang sanggup turun ke SNBJ demi pasukan kesayangan. Anda memang luar biasa. 👏😎