04/11/2025
WPKL Bawa Pulang Emas dan Perak di Kejohanan Futsal PERKASA Malaysia 2025
01 November 2025 | Pulau Pinang β Kontinjen PERKASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) mencipta detik manis apabila membawa pulang pingat emas dan perak dalam Kejohanan Futsal PERKASA Malaysia yang berlangsung di Pulau Pinang.
Pasukan futsal wanita WPKL mencuri tumpuan selepas mengejutkan pasukan pilihan utama, KLIA, dengan kemenangan 2-1 pada aksi final. Turun sebagai pasukan underdog, skuad bimbingan mempamerkan disiplin taktikal dan semangat juang luar biasa sepanjang perlawanan.
βSaya salute para pemain. Sebelum perlawanan saya ingatkan mereka untuk terus berusaha dan fokus setiap perlawanan. Awak buat, awak dapat. Insya-Allah,β ujar Wan Marwan sejurus tamat perlawanan akhir.
Sementara itu, pasukan lelaki WPKL turut membuktikan kejaguhannya apabila mara ke perlawanan akhir. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada tuan rumah, Pulau Pinang.
Walaupun gagal merangkul emas, pencapaian pasukan futsal lelaki tetap membanggakan apabila berjaya mencapai sasaran melangkah ke final sekaligus mengekalkan reputasi WPKL sebagai pencabar kejohanan.