01/09/2021
PROGRAM KEMERDEKAAN 31 OGOS 2021
ISI MINYAK MOTOSIKAL PERCUMA DAN EDARAN BENDERA MALAYSIA.
"Syukur Alhamdulillah terima kasih banyak2 bang" itu yang diucapkan kepada penunggang motosikal yang datang mengisi minyak.
Alhamdulillah julung kalinya setelah kita terkurung dengan pendemik Covid-19 Kelab Motosikal Petaling Jaya (KMPJ) membantu 100 biji motosikal bagi mengisi Minyak Motosikal Percuma & Edaran Bendera Malaysia di Damansara Damai P.Jaya bertemakan 'Malaysia Prihatin'.
Terima kasih team KMPJ yang bertungkus lumus menuju ke tempat lokasi dengan hujan sepanjang jalan dari Desa Mentari ke Damansara Damai, tidak dilupakan terima kasih tak terhingga kepada En Suresh, Ahli Majlis MBPJ Zon 1 bersama-sama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 MBPJ dan
wakil dari Pusat Khidmat Dun Paya Jaras, En Hamka
yang turut hadir bersama datang membantu.
Diharap program seumpama ini bukan yang terakhir.
InsyaAllah Kelab Motosikal Petaling Jaya akan meneruskan program seumpama ini pada Hari Malaysia yang akan datang, diharap ada di kalangan Wakil Rakyat mahupun Ahli Majlis sudi berkerjasama bersama kami.
Untuk makluman, kami masih mencari sesiapa lagi yang ingin menjadi ahli KMPJ boleh Whatsapp atau pm terus kepada kami.
Sama-samalah kita mengucapkan kesyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah dikecapi selama ini.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64.
MERDEKA..!!!!
MERDEKA..!!!!
MERDEKA..!!!!