Marshall Larkin Stadium

Marshall Larkin Stadium Marshall Sultan Ibrahim Stadium Official

11/12/2025

INTIPATI SESI WAWANCARA DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BERSAMA PENYOKONG

- JDT bakal merekrut sekurang-kurangnya tiga muka baharu pada jendela perpindahan yang bakal dibuka Januari tahun hadapan yang bertujuan mengisi kekosongan yang ditinggalkan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan seperti Arif Aiman, Romel Morales dan Ager Aketxe.

- Projek pusat latihan JDT akan bermula tahun 2026 dengan bajet RM180 juta. Mana-mana pasukan luar dan dalam negara boleh menyewa kemudahan fasiliti tersebut yang bakal dilengkapi dengan 12 buah padang.

- Penyokong jangan terlalu kritikal kutuk Jairo da Silva sebab berdasarkan statistik, beliau merupakan antara penjaring terbanyak kelab musim ini di mana beliau sudah menjaringkan 10 gol dan 6 'assist'. Beliau juga banyak terlibat dalam gerakan pasukan.

- Penyokong perlu terima kenyataan sekiranya suatu hari nanti JDT tidak lagi menjadi juara liga. Yang penting adalah konsistensi dari segi matlamat, inovasi dan sentiasa berjuang setiap tahun untuk memenangi piala seolah-olah belum pernah menang apa-apa.

- Penyokong JDT bertuah kerana mudah berjumpa dan berhadapan dengan pemilik kelab berbanding kelab yang lain.

- Cristiano Ronaldo minta perlawanan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim sekiranya Al Nassr hendak melakukan Asia Tour.

- Menurut Natxo Insa, walaupun berdepan dengan krisis tetapi kelab masih lagi 'compete' dalam kejohanan. Tidak perlu tekan ‘panic button’ kerana kita masih ada banyak perlawanan lagi serta ada jaringan gol yang banyak.

- Kelab ini sentiasa dahagakan kejayaan. Terus berfikiran positif kerana berfikir negatif tidak akan selesaikan masalah. Kita dalam industri pertandingan dan kita kena lihat pasukan lain (di ACLE) supaya kita sedar pasal pasukan kita. Bezakan dengan tiga tahun lalu, banyak bezanya.

- Ini pasukan yang baru dibentuk. 80% pemain baru bermain bersama dan ianya melebihi jangkaan saya. Pemain perlukan masa untuk serasi. Kita perlu ‘push’ mereka dari segi prestasi dan pastinya akan ada naik turun dan akan jadi lebih kuat selepas ini.

- Berapa Bergson jaringkan di ACL Elite? Nak buat penilaian jangan ada ‘favouritism’. Kita kena kenal kelemahan pemain juga sebelum buat penilaian dan perbandingan.

- Jenama JDT muncul juara dalam kejohanan bola sepak, tinju, futsal malah juga perlumbaan motosikal.

- Inisiatif saya untuk Negeri Johor adalah mempertingkatkan kehidupan rakyat. Antaranya seperti 45,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan di Maharani Freeport, Muar.

- SEZ Malaysia Singapura akan beri banyak peluang kepada anak-anak Johor berniaga dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

- Rakyat patut ambil kesempatan atas peningkatan sistem pendidikan serta kegiatan ekonomi yang bukan sahaja merangkumi Johor Bahru tetapi juga daerah-daerah lain.

- Pembukaan Johor Khabib Gym di Johor adalah kerana Khabib percaya dengan perancangan saya dan kita dapat kumpulkan semua juara dunia dari pelbagai sukan di Johor.

———

HIGHLIGHTS FROM HRH THE REGENT OF JOHOR'S FOOTBALL SESSION WITH FANS

- JDT will recruit at least three new players in the upcoming January transfer window to fill the gaps left by several key players sidelined by injury such as Arif Aiman, Romel Morales and Ager Aketxe.

- The JDT Training Centre project will begin in 2026 with a budget of RM180 million. Any local and international teams will be able to rent the facility, which will feature 12 football pitches.

- Fans are urged not to be overly critical of Jairo da Silva because based on statistics, he is among the club’s top scorers this season with 10 goals and 6 assists. He is also heavily involved in the team’s movement of the ball.

- Fans must accept the reality that one day JDT may no longer be league champions. The most important thing is to have consistency in goals, innovation and the fighting spirit to compete for trophies every year as if the club have never won before.

- JDT fans are fortunate because they can easily meet and interact with the club owner unlike other clubs.

- Cristiano Ronaldo has requested for a match to be held at the Sultan Ibrahim Stadium if Al Nassr does an Asian Tour.

- According to Natxo Insa, despite facing a crisis, the club are still competing and in contention in all competitions. There is no need to press the panic button, as there are still many matches to go and the team have been scoring many goals.

- The club are always hungry for success. Fans are encouraged to stay positive, as negative thinking will not solve problems. We compete in a competitive environment, and we must observe other teams (in the ACLE) to gauge ourselves. The difference compared to the squad three years ago is significant.

- This is a newly assembled team. 80% of players are playing together for the first time, which has exceeded my expectations. Players need time to build chemistry. We must push them in terms of performance, and while there will be ups and downs, the team will emerge stronger.

- How many goals has Bergson scored in the ACL Elite? Assessments must be made without favouritism. We must recognise a player’s weaknesses before making any evaluation and comparison.

- The JDT brand is a winning one in football, boxing, futsal as well as motorsports.

- My personal initiative for Johor is to focus on improving the livelihood of the people. The plans include the creation of 45,000 job opportunities at the Maharani Freeport, Muar.

- The Malaysia–Singapore SEZ will provide major opportunities for Johoreans to do business and create even more employment.

- The Rakyat are should take advantage of the improvements to the education system and economic activities that are not only in Johor Bahru but also other districts.

- The opening of the Johor Khabib Gym was made possible because Khabib trusted my development plans, and we brought together world champions from various sports in Johor.

Hidup Johor Demi Johor







11/12/2025

TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2025-26

Para penyokong boleh mendapatkan tiket ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2025-26menerusi https://tickethotline.com.my/events/perlawanan-akhir-piala-fa-2025-2026-johordarultazim-vs-sabahfc-JDT-ONLY dengan setiap penyokong boleh membeli empat keping tiket.

Empat kategori tiket dijual mengikut tier yang ditetapkan oleh Malaysian Football League berharga RM50, RM70, RM150 (Premium Grandstand) dan RM200 (VIP Grandstand). Tiket diperlukan untuk penyokong yang berusia 4 tahun ke atas. Luaskan Kuasamu Johor.

———

FA CUP FINAL 2025-26 TICKETS

All fans can get the Malaysia FA Cup Final 2025-26 tickets via https://tickethotline.com.my/events/perlawanan-akhir-piala-fa-2025-2026-johordarultazim-vs-sabahfc-JDT-ONLY. Each fan is allowed to buy up to four tickets.

The four ticket categories based on the pricing tier set by the Malaysian Football League are RM50, RM70, RM150 (Premium Grandstand) and RM200 (VIP Grandstand). Tickets are required for those aged 4 and above. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor







11/12/2025

𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐅𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓-𝟐𝟎𝟐𝟔

Dua pasukan dengan momentum tersendiri menuju ke pentas final Ahad ini! 🏆

Hanya berbaki 3️⃣hari sahaja lagi!

Dapatkan tiket anda sekarang di https://tickethotline.com.my/ 🥁

-26

02/12/2025
02/12/2025

AKADEMI JDT B-12 CATAT REKOD SEMPURNA DENGAN MEMENANGI KESEMUA LIMA PERTANDINGAN PADA TAHUN 2025

Skuad Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Bawah-12 tahun telah memenangi kesemua lima pertandingan yang disertai pada 2025 – termasuk Liga Remaja Singapura B-13 pada November lalu.

Skuad di bawah kendalian Jurulatih Remaja, Hafiz Zainal menunjukkan prestasi luar biasa tahun ini selepas turut memenangi kategori masing-masing dalam MSSM, Kejohanan Remaja La Liga, Festival Bola Sepak Antarabangsa JSE dan Piala Johor.

Bermain 69 perlawanan, skuad B-12 ini berjaya memenangi 59 perlawanan dan seri 10 kali, sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang tahun.

Skuad JDT B-12 juga telah dianugerahkan ‘Fair Play Award’ dalam kejohanan Liga Remaja Singapura manakala pelatih, Aqil Aqmar Hazuan muncul penjaring terbanyak dengan 16 gol. Aqil telah menjaringkan 76 daripada 306 gol yang dicatat JDT U12 pada tahun ini. Luaskan Kuasamu Johor.

———

JDT ACADEMY U12 HAVE PERFECT RECORD WINNING FIVE OUT OF FIVE COMPETITIONS IN 2025

The Johor Darul Ta'zim FC (JDT) Academy Under-12 squad have won all five competitions competed in 2025 — including the Singapore Youth League Under-13 in November.

The squad under Youth Coach Hafiz Zainal have been firing all cylinders this year after also winning their categories at the National Schools, La Liga Youth Tournament, JSE International Football Festival and Johor Cup.

Having played 69 matches, the Under-12 side won 59 matches and drew 10 times, thus staying unbeaten throughout the year.

The JDT U12 were also recognised with the Fair Play Award in the Singapore Youth League while trainee Aqil Aqmar Hazuan was topscorer with 16 goals. Aqil netted 76 of the 306 goals JDT U12 scored this year. Luaskan Kuasamu Johor.

Hidup Johor Demi Johor







Salam Takziah Buat keluarga.  John Semoga kamu tenang disana wahai sahabat
01/12/2025

Salam Takziah Buat keluarga. John
Semoga kamu tenang disana wahai sahabat


19/02/2025

Al Fatihah

Mohammad Nor Shafiq Bin Salim

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

30/04/2022

Sementara itu dibilik persalinan

13/09/2021

Siapa yang semalam hadir dan ada ambil gambar tak kira lah tiktok video atau gambar boleh share dalam ruangan komen...pls

10/09/2021

PENDAFTARAN KEMASUKAN ‘IN-CAR VIEWING’ PARA PENYOKONG JDT BAGI MERAIKAN SAMBUTAN KEJUARAAN LIGA SUPER MALAYSIA LAPAN KALI BERTURUT-TURUT KINI DIBUKA UNTUK UMUM

Selepas selesai pendaftaran para pemegang pas bermusim untuk meraikan Sambutan Kejuaraan Liga Super Malaysia Lapan Kali Berturut-Turut pada 12 September 2021 ini di Stadium Sultan Ibrahim, kini pendaftaran dibuka untuk umum.

Bagi mempermudahkan urusan kemasukan para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), sila lengkapkan borang pendaftaran kemasukan anda melalui link https://jdtfc.odoo.com/event/champi8ns-night-jdtfc-2021-09-12-6/register

Setiap permohonan adalah untuk kemasukan sebuah kereta ke tempat letak kenderaan yang disediakan. Pergerakan bagi yang telah lengkap divaksin (termasuk 14 hari), jumlah individu dalam sebuah kenderaan adalah mengikut kapasiti kenderaan tersebut. Manakala yang belum lengkap divaksin terhad kepada dua individu sahaja dengan tambahan syarat perlu menjalani ujian calitan Covid-19 dalam tempoh tiga (3) hari sebelum majlis.

Selain itu, hanya penyokong dengan klasifikasi ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja dibenarkan masuk. Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negeri ini adalah wajib dipatuhi dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan anda tidak dibenarkan masuk.

———

REGISTRATION OF JDT FANS ENTRY FOR IN-CAR VIEWING TO CELEBRATE EIGHTH CONSECUTIVE MALAYSIA SUPER LEAGUE TITLE NOW OPEN TO PUBLIC

Having already registered our season pass holders for the eighth consecutive Malaysia Super League title celebration on 12 September 2021 at the Sultan Ibrahim Stadium, registration is now open to public.

To facilitate the entry of all Johor Darul Ta'zim FC (JDT) fans, please complete your registration form via this link https://jdtfc.odoo.com/event/champi8ns-night-jdtfc-2021-09-12-6/register

Each application is for entry of a vehicle (car only) to the parking lot provided. For those who have completed their vaccination (including 14 days), the number of individuals allowed in a vehicle depends on its capacity. Meanwhile for those who haven't, it is limited to just two individuals per vehicle with an additional requirement of undergoing a Covid-19 screening test within three (3) days prior to the event.

Besides that, only fans with Low Risk or Non-Symptomatic Casual Contact classification are allowed to enter. Following the Standard Operating Procedures (SOP) set by the National Security Council is mandatory and the failure to comply will result in you being denied entry.


#20142021


10/09/2021

LAPAN! KAMILAH PENCIPTA SEJARAH!

Berseri di pilar langit Jauhar gugus bintang Kartika. Menerangi rotasi sistem koordinat ekliptika. Mutlak mendakap kejuaraan buat kali kelapan. Musim dua puluh dua puluh satu, Liga Super Malaysia masih kekal dalam taklukan.

Kemenangan tiga kosong menentang Tok Gajah di Stadium Sultan Ibrahim tercatat sebagai keputusan muktahir. Umpama mempunyai butang mara laju, musim ini terasa sungguh pantas untuk berakhir.

Lima puluh satu mata sudah cukup menobatkan Harimau Selatan sebagai Juara yang supremasi. Liga Super Malaysia belum tamat tetapi kita sudah mencapai matlamat secara konsistensi.

“Kamilah Fenomena! Kamilah Juara!”

Kontra disebalik topeng balaclava. Disaat pasukan lain berpandangan kabur akibat konjunktiva. Kelab Bolasepak Johor Darul Tazim (JDT) dilihat kekal cekal merealisasi impian radikal secara faktual. Termanifestasi segala tanda aras yang disasar logikal, lantas memberi impak kritikal buat mereka yang sentiasa skeptikal.

Dalam konseptual cetusan legasi kita ektrapolasi. Semestinya sempurna organisasi unggul ini beroperasi. Menimbulkan perasan gembira, teruja dan kagum mencapai titik paling maksimal. Mengakibatkan palpitasi berdegup laju seakan menjadi begitu abnormal. Harimau Selatan masih kekal bergelar juara bertahan secara faktual. Walaupun dihurung provokasi murahan yang begitu kurang nilai intelektual.

“Siapa mampu halang?”

Tiada sebarang halangan mampu menghalang ketagihan JDT dalam mengejar lebih banyak kejayaan kontingensi. Kerana elemen itu, organisasi JDT dilihat sentiasa mahu mengimplementasi misi walaupun menempuhi jadual padat konkurensi. Harimau Selatan sentiasa memandang ke hadapan dalam memastikan tiada seinci ruang bagi pasukan pesaing menganggugugat. Sebagai proposisi untuk terus inventif walau memerlukan memerah sehabis keringat.

Interpretasi muncul sebagai juara dua puluh dua puluh satu sebenarnya sudah terpapar awal. Imbas kembali, pada lima Mac dua puluh dua puluh satu menjadi tanggal pembuka caturan aktual. Misi pertama musim baharu mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih tanda kredibiliti. Mempertahankan empat tahun berturut-turut, persaingan itu dengan mudah kita monopoli secara kontinuiti.

“Ada apa dengan lapan?”

Kali ini mengekalkan gelaran lapan tahun berturut-turut membawa bersama lapan perkara.

Pertama, JDT kekal sebagai kelab paling berkuasa dalam negara. Kedua, Harimau Selatan mencipta sejarah sebagai kejuaraan berturut-turut terbanyak dalam Asia Tenggara. Ketiga, Benjamin Mora membuktikan kehadiran beliau bukan suatu kesilapan. Keempat, kejuaraan kali ini didedikasi kepada petugas barisan hadapan. Kelima, wang kemenangan juga disumbangkan kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan. Keenam, organisasi juga akan memastikan JDT tidak terlalu selesa dibuai kejayaan dan mengekal momentum di masa hadapan. Ketujuh, JDT tidak sesekali gentar dengan apa sahaja mitos pasukan yang dicanang mahu menjadi pencabar kejuaraan. Kelapan, walaupun apa terjadi, kelak cahaya bintang piroteknik pasti meletus menerangi rona awan hitam memecah kegelapan!

Akhir kalam, seronok melihat Keluarga JDT sekali lagi menjulang kejuaraan kelapan di tanah Johor, dan tidak lupa juga jutaan terima kasih atas kejuaraan ini kepada satu-satunya DYAM Tunku Mahkota Johor!

Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

Sumber artikel : Media JST

Hidup Johor Demi Johor





Address

Stadium Sultan Ismail
Pengkalan Chepa
79100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Marshall Larkin Stadium posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share