Motor Seranta

Motor Seranta �����
Semangat kesetiaan + kebersamaan + keikhlasan, menyatukan kami di bawah satu LAMBANG

DIRGAHAYU TUANKUMenjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bag...
01/06/2025

DIRGAHAYU TUANKU

Menjunjung kasih dan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia dan mengurniai baginda kesejahteraan, kekuatan serta kebijaksanaan.


PERSIAPAN RIDE-CAMPING MS 2.0••••••••••••••••••••••••••••••••••••SELASA - 20 Mei 2025, Ahli-ahli Kelab Motor Seranta kin...
20/05/2025

PERSIAPAN RIDE-CAMPING MS 2.0
••••••••••••••••••••••••••••••••••••

SELASA - 20 Mei 2025, Ahli-ahli Kelab Motor Seranta kini giat berbincang dan membuat persiapan akhir untuk program RIDE-CAMPING 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Mei ini bertempat di La Hot Spring.

Perbincangan utama dalam kalangan warga kelab malam tadi tertumpu kepada aspek keselamatan konvoi, penyusunan jadual perjalanan, serta keperluan logistik dan peralatan berkhemah. Beberapa ahli turut mencadangkan aktiviti sampingan seperti BBQ malam, pertandingan mini, serta sesi perkongsian pengalaman penunggangan selamat.

Menurut salah seorang ahli jawatankuasa penganjur, penyertaan untuk program ini telah mula dibuka, dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Pihak penganjur juga sedang berbincang dengan pihak pengurusan La Hot Spring untuk memastikan kelancaran program serta keselesaan semua peserta.

Program ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan silaturahim sesama ahli, malah menjadi platform untuk memupuk semangat berpas**an dan tanggungjawab bersama dalam komuniti peminat motosikal. Acara yang telahpun masuk kali kedua penganjurannya selepas kali pertama tahun lepas RIDE-CAMPING berlokasi di Dungun, Terengganu berlangsung dengan jayanya.

Kelab Motor Seranta menyeru semua ahli agar memberi kerjasama penuh dalam menjayakan program ini, dan bersama-sama menjaga nama baik kelab sepanjang penganjuran berlangsung.


.0

“RINDU” RESEPI KESATUAN HATI WARGA MS••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••TUNJONG - 11 Mei 2025, Perasaan rindu...
11/05/2025

“RINDU” RESEPI KESATUAN HATI WARGA MS
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

TUNJONG - 11 Mei 2025, Perasaan rindu bukan sekadar emosi – ia jadi pengikat hati ahli Kelab Motor Seranta yang berhimpun dalam acara Teh Tarik Session (TTS) bulanan yang berlangsung di Bandar Baru Tunjong semalam.

Menurut Presiden MS Polie Suhaizlisalleh Suhazlisalleh, “Kami datang dari pelbagai latar belakang, tapi rindu untuk berkumpul inilah yang menyatukan kami.”

Zakuan Hussin, penasihat utama MS p**a menegaskan, “Kehidupan kita dalam kelab motor MS ini uniknya bukan untuk aktiviti ride semata-mata, tapi nilai kekeluargaan itu, perasaan kesalingan serta toleransi antara warganya sentiasa disuburkan dalam buah yang harmoni.”

Timbalan Presiden 1, Cikgu Long Azran Kamaludin turut mencadangkan agar ahli MS sentiasa berhubung dan saling bertanya khabar – sebagai amalan budaya prihatin dan penguat hubungan dalam komuniti kelab.

Dalam sesi santai itu juga, sempat dibincangkan program akan datang, “Ride-Camping” yang dijadualkan berlangsung pada hujung Mei ini, dan dijangka menarik lebih ramai penyertaan daripada ahli baru.

Seluruh warga MS dan Srikandi MS turut mendoakan kesembuhan buat KakKuZa KuZa KuAwang, isteri kepada Mat Wan HA , yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan besar pada 8 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Petang tadi, admin dimaklumkan beliau telah selamat keluar wad dan kini berehat serta menerima rawatan susulan di kediamannya di Pulau Melaka. Semoga diberi kesembuhan yang sempurna.
Syafahallah🤲🏻🤲🏻🤲🏻


KELUARGA MS RAI RAYA PENUH MUHIBBAH•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••SABTU - 19 April, Kehangatan Syawal masi...
19/04/2025

KELUARGA MS RAI RAYA PENUH MUHIBBAH
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

SABTU - 19 April, Kehangatan Syawal masih terasa petang tadi biarpun hari ini sudah mencecah 20 Syawal. Majlis penuh muhibbah yang dihadiri warga Motor Seranta & Srikandi MS seisi keluarga di Markas MS dihidangkan dengan aneka juadah raya yang dikongsi bersama para ahli secara “Potluck”.

Turut dirai dalam majlis yang sama 17 ahli MS yang menyambut ulangtahun kelahiran bulan Januari hingga April. Moga kalian sentiasa di dalam keberkatan serta dikurniakan kebahagian dan kesihatan berpanjangan 🤲🏻🍰🎂

Moga pemuafakatan sebegini sentiasa subur di kalangan para ahli MS, amiin ya rabb🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Next Ride? Ride 2 Bokpyin 🛵🛵🛵💨💨💨



KHATAM QURAN & IFTAR MS BERSAMA KOMUNITI SEMAI KEHARMONIAN SERUMPUN•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••SELASA -...
19/03/2025

KHATAM QURAN & IFTAR MS BERSAMA KOMUNITI SEMAI KEHARMONIAN SERUMPUN
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

SELASA - 18 Mac 2025, Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu acara wajib dalam program JiSTiM 3.0 dan kali ini ia turut melibatkan penyertaan dari jemaah Masjid Al-Ikhlas, Kampung Tok Mekong.

Majlis yang berlangsung bermula selepas solat asar semalam, terlebih dahulu melibatkan agihan dari MS sebanyak 20 kampit beras kepada asnaf di sekitar masjid terlibat. Ianya hasil dari sumbangan dan tajaan para ahli Motor Seranta dan beberapa Syarikat Sahabat MS. Antaranya, Srikandi MS, Jawatankuasa Masjid Al-Ikhlas KTM, Syarikat Citra Travel & Tours Sdn. Bhd., Haerta Advertising, Jue47 Car Rental, Sedozen Bites dan Printology.com.

Dalam Majlis Khatam Al-Quran kali ini bersempena hari Nuzul Quran (Cuti Umum Negeri Kelantan), para peserta yang hadir membaca Al-Quran bersama-sama dan diketuai sendiri oleh Pres Polie Suhaizlisalleh Suhazlisalleh.

Pihak MS yang diwakili Pres Polie turut menyampaikan sumbangan berupa Set Mikrofon (tanpa wayar) kepada pihak Jawatankuasa Masjid Al-Ikhlas KTM. Manakala Cikgu ilya Nor Ilyani Che Abdullah mewakili Srikandi MS turut menyampaikan sumbangan berupa plag berkembar “Niat Iktikaf” dan Kipas Dinding kepada pihak masjid.

Al-fadhil Ust Prof Madya Dr Hj Azhar Muhammad turut menjadi pengisi slot Bicara Sepetang dengan kupasan tajuk ; “Al-Quran : Steghu @ Saing Kito?”

Kemudian warga yang hadir ber-iftar bersama-sama dan Ust Luqman (Anakanda Ust Zakuan Hussin) menjadi imam undangan khas sehingga selesai solat terawih.

Dan seperti biasa, penutup JiSTiM sudah tentunya acara moreh santai MS bersama ahli jemaah yang hadir.

Mat Wan HA yang juga Timbalan Presiden 1 MS memberitahu admin, “Program jalinan kerjasama antara MS dan komuniti seperti ini perlu diteruskan di masa akan datang kerana ia merupakan cerminan positif buat Mat Motor yang bukan sahaja berkongsi hobi s**an bermotosikal malah turut aktif terlibat dengan aktiviti kemayarakatan”.


.0

Cara Mudah Cek Tekanan Angin Tayar! 🛵🏍️💨💨💨Tak perlu cek tekanan pun, guna mata pun boleh! 🔍👇✅ 4 sentuh lantai → Angin Cu...
13/03/2025

Cara Mudah Cek Tekanan Angin Tayar!
🛵🏍️💨💨💨

Tak perlu cek tekanan pun, guna mata pun boleh! 🔍👇

✅ 4 sentuh lantai → Angin Cukup (Terbaik!)
⚠️ 3 sentuh lantai → Angin Lebih (Boleh kurangkan sikit)
⚠️ 5 sentuh lantai → Angin Kurang (Wajib tambah)
⛔ 6 sentuh lantai → Angin Sangat Kurang! (Bahaya, cepat pam!)

Ingat, tekanan angin tayar yang betul bukan saja buat kereta lebih selesa, tapi juga selamat & jimat minyak! 🔥

👉 Lepas ni, bila nak pam angin kat stesen minyak, guna trik ni dulu!



.0

MS BER-JISTIM KE RUSIA•••••••••••••••••••••••••••RABU - 12 Mac 2025, Sedar mahupun tidak kita sudah hampir separuh perja...
12/03/2025

MS BER-JISTIM KE RUSIA
•••••••••••••••••••••••••••

RABU - 12 Mac 2025, Sedar mahupun tidak kita sudah hampir separuh perjalanan Qaryah Ramadan 1446h dan JiSTiM 3.0 diteruskan lagi untuk minggu kedua Ramadan di Masjid Lapan Kubah di Tembila, Jerteh, Terengganu.

Seperti lazimnya, warga MS berkumpul terlebih dahulu di RV Stesen Minyak Petron Kg Badak Bachok sebelum meneruskan perjalan ke Bazar Ramadan di Kuala Besut untuk menginfaqkan juadah kuih muih untuk iftar bersama jemaah Masjid yang sinonim dengan gelaran Masjid Rusia.

diilhamkan oleh Cathedral St. Basil di Moscow,Rusia. Kubah berwarna-warni menyerlahkan keindahannya, menjadikannya tarikan pop**ar untuk jemaah dan pelancong. Keunikan senibina yang lain daripada reka bentuk masjid lain di daerah dan negeri ini ditambah dengan kombinasi warna kubah yang dicat berwana-warni menyebabkan masjid itu yang mula digunakan sejak tahun lalu itu tidak putus-putus dikunjungi sama ada untuk menunaikan solat atau sekadar merakam kenangan.

Minggu depan (minggu ketiga Ramadan), team JiSTiM 3.0 akan dianjurkan di Markas MS dan ada sedikit kelainan dari tahun-tahun sebelumnya kerana nanti akan ada Majlis Khatam Al-Quran sempena Nuzul Quran dan diserikan lagi dengan sesi kuliah khas sebelum iftar bersama Al-Fadhil Ust. Dr Hj Azhar Muhammad.

.0


MENCARI TUAN BARU!tmax 530tahun 2014 (daftar 2020)mileage 80k+ handle bar. + heater grip+ ekzos yoshimura (full sistem)+...
10/03/2025

MENCARI TUAN BARU!

tmax 530
tahun 2014 (daftar 2020)
mileage 80k
+ handle bar.
+ heater grip
+ ekzos yoshimura (full sistem)
+ belting ori (baru tukar)
+ tayar baru
+ roadtax baru
motor tiptop..p**as pegi
✅🛵💨💨IronButt 1600km 21jam jer

Jualan upgrade.
TAWARAN HARGA MAMPU MILIK BERMULA 43.8k (nego direk owner)

============================

Berminat? Boleh tekan link sembang dgn owner direct👇🏻👇🏻👇🏻

www.wasap.my/+60179718227/BerminatTmaxPokHar

www.wasap.my/+60179718227/BerminatTmaxPokHar

www.wasap.my/+60179718227/BerminatTmaxPokHar

============================

Tahniah buat kelima2 peserta dari Kelab Motor Seranta dpt aproval LULUS pada cabaran Ruff Riders kelolaan Belut TV .Buka...
06/03/2025

Tahniah buat kelima2 peserta dari Kelab Motor Seranta dpt aproval LULUS pada cabaran Ruff Riders kelolaan Belut TV .

Bukan itu saja, mereka berlima juga telah menerima batch 🎖️ IRON BUTT & batch 🎖️ IBM dan ini menjadikan mereka berlima cukup syarat merangkul gelaran TRIFECTA 🎖️👑

1. Ust Sanusi Benn Shata
2. Mark Wear
3. CikguYa Nor Ilyani Che Abdullah (Srikandi MS)
4. PokHar W Azhar W Aziz
5. Cek Aya Ruhaya Hadi Srikandi (MS)

Tahniah sekali lagi dari seluruh warga kelab MS!

JiSTiM 3.0 BERMULA 🛵🛵🛵💨💨💨••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••RABU - 5 Mac 2025, Setiap kali menjelang Ramadan, menja...
05/03/2025

JiSTiM 3.0 BERMULA 🛵🛵🛵💨💨💨
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

RABU - 5 Mac 2025, Setiap kali menjelang Ramadan, menjadi rutin Kelab Motor Seranta menganjurkan program ihya’ Ramadan untuk para ahlinya mengisi kalendar bulan Puasa bagi tahun ke-3 penganjurannya. Bermula petang tadi, Masjid Imanul Fa-izin, Padang Kala, Melor telah dipilih menjadi lokasi JiSTiM yang pertama bagi musim ke-3 kali ini.

JiSTiM 3.0 yang yang diambil dari gabungan siri Jelajah, Iftar, Sedekah juadah iftar, Terawih, I’tikaf dan Moreh bermula di Stesen Petron Pasir Tumboh sebagai lokasi RV utama dan mereka berkonvoi ke Bazar Ramadan di Pasar Peringat untuk membeli juadah untuk infaq kepada jemaah yang hadir sama iftar di masjid nanti.

Alhamdulillah, lebih dari separuh warga MS hadir untuk JiSTiM kali ini. Pres Polie Suhaizlisalleh Suhazlisalleh yang juga pengarah program ini memberitahu minggu depan kita sama-sama ber-JiSTiM ke Masjid 8 Kubah, Kg 8 Kotak, Tembila, Terengganu. Pastinya ia menjanjikan suatu memori yang lebih seronok.



iLMU TAYAR 🛵🏍️💨💨Huruf terakhir – contoh : H adalah had maksimum kelajuan 210 km / jam (jangan main tekan pedal ikut s**a...
28/01/2025

iLMU TAYAR 🛵🏍️💨💨

Huruf terakhir – contoh : H adalah had maksimum kelajuan 210 km / jam (jangan main tekan pedal ikut s**a ya!).

Jika ianya huruf terakhir seperti di bawah, ia membawa maksud:

i. S = Maksimum had laju 180 km / jam

ii. T = Maksimum had laju 190 km / jam

iii. U = Maksimum had laju 200 km / jam

iv. V = Maksimum had laju 240 km / jam

v. Z = Melebihi had laju 240 km / jam

vi. W = Maksimum had laju 270 km / jam

vii. Y = Maksimum had laju 300 km / jam

viii. ZR = melebihi 270 km / jam ke atas

- Traction terbaik AA
- treadwear (semakin sikit nombor semakin lembut tnyar)

Check tayar masing-masing cepat! Ini main hantam sajaa.. apa huruf pun 260km dia tekan 😅😅. Tapi ingat, walaupun pakai tayar huruf ZR, maximum kelajuan di jalan kita kat malaysia ni 120km/j ja tauu..

Address

Pengkalan Chepa
Pengkalan Chepa

Telephone

+601155005017

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Motor Seranta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Motor Seranta:

Share

Category