Persatuan Ping Pong Kelantan

Persatuan Ping Pong Kelantan Informasi berkaitan aktiviti sukan ping pong yang dianjurkan oleh Persatuan Ping Pong Amator Kelantan (KATTA)

Tahniah Fahmi.
05/08/2022

Tahniah Fahmi.

KUNJUNGAN HORMAT EXCO KATTA KE PEJABAT PENGARAH JBS KELANTAN DI PANJI.
10/11/2020

KUNJUNGAN HORMAT EXCO KATTA KE PEJABAT PENGARAH JBS KELANTAN DI PANJI.

08/11/2020
07/11/2020

Tahniah kepada semua.

07/11/2020
Kota Bharu 07 November 2020 | Masih berlangsung Kejohanan Ping Pong Perseorangan Handicap Piala Rosdi Optemetrist Sdn. B...
07/11/2020

Kota Bharu 07 November 2020 | Masih berlangsung Kejohanan Ping Pong Perseorangan Handicap Piala Rosdi Optemetrist Sdn. Bhd dan Jemputan KATTA 2020 di Tingkat 5 Kota Seri Mutiara Kota Bharu

KATTA PERKASA PEMBANGUNAN SUKAN PING PONG DI NEGERI KELANTANKota Bharu  06 November 2020 | Kepimpinan baharu Persatuan P...
06/11/2020

KATTA PERKASA PEMBANGUNAN SUKAN PING PONG DI NEGERI KELANTAN

Kota Bharu 06 November 2020 | Kepimpinan baharu Persatuan Ping Pong Amator Kelantan ( KATTA ) 2020-2022 bertekad mengotakan janji dan mandat yang diberikan bagi memperkasa sukan Ping Pong di Negeri Kelantan melalui pelbagai siri kejohanan peringkat akar umbi dan juga peringkat Negeri.

Menurut Presiden KATTA yang baharu, Dr. Zulkeflee bin Ismail, komitmen tinggi KATTA ini dimulakan dengan penganjuran dua kejohanan penting iaitu Pertandingan Ping Pong Uji Bakat - Cari Jogho Muda Siri 1 KATTA 2020-2021 yang diadakan pada hari ini 06 November 2020 dan Kejohanan Ping Ping Perseorangan Handicap Piala Rosmadi Optemetrist Sdn. Bhd. dan Jemputan KATTA 2020 pada 07 November 2020 yang mana kedua-keduanya diadakan di Tingkat 5 Billion KB.

Tambah Dr. Zulkeflee lagi, Pertandingan Cari Jogho Muda KATTA 2020-2021 merupakan salah inisitif KATTA yang dilaksanakan secara bersiri bagi melahirkan banyak bakat-bakat baru dalam sukan ping pong khususnya di negeri Kelantan. Tambah beliau lagi, KATTA optimis dengan adanya inisiatif sebegini, lebih ramai pemain pingpong yang berbakat tinggi dapat dihasilkan terutama bagi mewakili negeri Kelantan dalam kejohanan ping pong peringkat Kebangsaan dan antarabangsa bagi semua peringkat umur seperti Sukan SEA, Sukan Sekolah ASEAN, SUKMA, MSSM, dan Kejohanan Ping Pong lain seumpamanya.

Pada Pertandingan Cari Jogho Muda Siri Pertama ini, seramai 113 bakat ping pong muda telah menyertai pertandingan pada hari ini meliputi beberapa kategori peringkat umur iaitu Bawah 10 Tahun, Bawah 12 tahun, Bawah 14 tahun dan Bawah 16 tahun bagi Lelaki dan Perempuan. Perlaksanaan pertandingan kali ini telah dijalankan dengan mengikuti prosedur keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan juga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi penularan COVID 19.

Melihat kejayaan program pertandingan pada hari ini, KATTA akan terus menganjurkan Siri Pertandingan Cari Jogho Muda dan pelbagai Kejohanan Ping Pong Terbuka seperti yang telah dirancang bagi memastikan sukan Ping Pong di negeri Kelantan ini terus disemarakkan di kalangan rakyat di Negeri Kelantan. Beliau bagi pihak KATTA ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang memberi sokongan penuh terhadap aktiviti sukan ping pong di negeri ini. Begitu juga setinggi penghargaan terima kasih kepada rakan strategik KATTA iaitu Universiti Malaysia Kelantan, Rosmadi Optemetrist Sdn. Bhd. , Pengurusan Billion Kota Bharu, Q Printer, Ain Medicare, semua kelab Ping Pong seluruh Negeri Kelantan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran pertandingan anjuran KATTA.

SEDANG BERLANGSUNG!!!PERTANDINGAN PING PONG UJI BAKAT- CARI JOGHO MUDA SIRI 1 KATTA 2020-2021TARIKH : 6 NOVEMBER 2020(JU...
06/11/2020

SEDANG BERLANGSUNG!!!

PERTANDINGAN PING PONG UJI BAKAT- CARI JOGHO MUDA SIRI 1 KATTA 2020-2021
TARIKH : 6 NOVEMBER 2020(JUMAAT)
TEMPAT : TINGKAT 5 BILLION

Majlis Kesyukuran Kelab Ping Pong Lubuk Tapah. Exco KATTA En Ahmad Shahir Zakaria turut hadir mewakili KATTA.
14/09/2020

Majlis Kesyukuran Kelab Ping Pong Lubuk Tapah. Exco KATTA En Ahmad Shahir Zakaria turut hadir mewakili KATTA.

Address

Pengkalan Cepa

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ping Pong Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share