Akademi Bola Sepak Jelapang Sari

Akademi Bola Sepak Jelapang Sari Ditubuhkan pada tahun 2025 bagi pembangunan bola sepak akar umbi (U8, U10, U12 & U14) di daerah Pendang dan Kota Setar.

Rasmi berdaftar di bawah Kementerian Belia & Sukan (C-KDH-16393).

23/08/2026

Throwback pelatih akademi mengiringi pemain masuk ke padang semasa perlawanan Liga PBMK Kedah 2026.

Pengalaman Istimewa Buat Pelatih AkademiPada 8 Ogos 2026, pelatih-pelatih Akademi Bola Sepak Jelapang Sari berpeluang me...
14/08/2026

Pengalaman Istimewa Buat Pelatih Akademi

Pada 8 Ogos 2026, pelatih-pelatih Akademi Bola Sepak Jelapang Sari berpeluang mengiringi pemain masuk ke padang semasa perlawanan TGY FC menentang Jati Muda FC dalam saingan Liga PBMK Kedah 2026 di Mini Stadium Pendang. ⚽πŸ”₯

Terima kasih kepada semua waris yang menguruskan pelatih dan sudi hadir memberikan sokongan. Kehadiran serta sokongan semua amat kami hargai.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis dan motivasi buat anak-anak pelatih untuk terus aktif dan mencintai bola sepak.

⚽ Latihan Mingguan Akademi Bola Sepak Jelapang Sari βš½πŸ“ Padang SK Ayer PutehπŸ“… 31 Julai 2026Alhamdulillah, sesi latihan mi...
31/07/2026

⚽ Latihan Mingguan Akademi Bola Sepak Jelapang Sari ⚽
πŸ“ Padang SK Ayer Puteh
πŸ“… 31 Julai 2026

Alhamdulillah, sesi latihan mingguan berjalan dengan lancar. Kehadiran pelatih melebihi 50 orang. Terima kasih kepada semua jurulatih, ibu bapa dan para pelatih atas komitmen yang diberikan. Teruskan berusaha, berdisiplin dan bersemangat untuk menjadi pemain yang lebih baik.

18/07/2026

En. Faizal merupakan Head Coach Akademi Bola Sepak Jelapang Sari. Selain membimbing dan membangunkan bakat pemain muda di akademi, beliau juga merupakan Head Coach pasukan The Green Yellow Fan FC (TGY FC) yang beraksi dalam Liga PBMK Kedah 2026 mewakili Daerah Pendang.

Berbekalkan Lesen Kejurulatihan D, pengalaman serta komitmen yang tinggi, beliau sentiasa berusaha melahirkan pemain-pemain yang bukan sahaja berkualiti di atas padang, malah berdisiplin.

Teruskan memberikan sokongan kepada Akademi Bola Sepak Jelapang Sari dalam usaha membentuk bakat bola sepak akar umbi, dan sama-sama menyokong The Green Yellow Fan FC (TGY FC) dalam saingan Liga PBMK Kedah 2026.

Semoga terus berjaya anak-anak jelapang! πŸ”°πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»
17/07/2026

Semoga terus berjaya anak-anak jelapang! πŸ”°πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Alhamdulillah, tahniah kepada semua pelatih Akademi Bola Sepak Jelapang Sari yang berjaya meraih tempat ketiga dalam Lig...
17/07/2026

Alhamdulillah, tahniah kepada semua pelatih Akademi Bola Sepak Jelapang Sari yang berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Friendly Antara Sekolah Agama yang berlangsung di SK Padang Lumat, Yan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua coach, ibu bapa/waris serta para penyokong atas komitmen, sokongan dan pengorbanan sepanjang kejohanan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha, meningkatkan prestasi dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Sesi latihan Akademi Bola Sepak Jelapang Sari pada 16 Julai 2026 di Padang SK Ayer Puteh memberi fokus kepada kemahiran ...
16/07/2026

Sesi latihan Akademi Bola Sepak Jelapang Sari pada 16 Julai 2026 di Padang SK Ayer Puteh memberi fokus kepada kemahiran asas, kawalan bola, hantaran tepat, pergerakan tanpa bola serta meningkatkan disiplin dan komunikasi dalam permainan.

Alhamdulillah, barisan jurulatih Akademi Bola Sepak Jelapang Sari berpeluang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam sesi la...
13/07/2026

Alhamdulillah, barisan jurulatih Akademi Bola Sepak Jelapang Sari berpeluang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam sesi latihan bersama anak-anak Tadika KEMAS.

Program ini bertujuan memperkenalkan asas bola sepak dalam suasana yang menyeronokkan, di samping membentuk keyakinan diri, disiplin, semangat berpasukan dan gaya hidup sihat sejak usia muda.

Terima kasih kepada pihak Tadika KEMAS atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam dunia bola sepak.

16/06/2026

Mesti adik Syabil tak cukup tido sebab tengok World Cup semlm.πŸ˜…

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga Akademi Bola Sepak Jelapang Sari.Semoga ibadah korban dan sambutan ...
26/05/2026

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha daripada seluruh warga Akademi Bola Sepak Jelapang Sari.

Semoga ibadah korban dan sambutan Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. 🀍✨

Address

No. 2, Jalan Cemerlang 1, Taman Cemerlang
Pendang
06700

Telephone

+60149484462

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Bola Sepak Jelapang Sari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Bola Sepak Jelapang Sari:

Shortcuts

Share

Category